Ahad, 26 Disember 2010

Selamat Hari Lahir Wahai Ibu ku yg Tercinta...

 Sekalung ucapan rindu ku dari Ardul kinanah kepada ibu pada hari yg mulia ini untuk mengucapkan selamat hari lahir yg ke-42 buat ibu ku yang sangat tercinta...




Pengorbanan ibu pada kami anak-anak tidak akan dapat kami membayarnya  dengan mata wang yang ada di atas muka bumi ini..Mohonku pada ibu agar sentiasa mendoakan kami anak-anak mu agar sentiasa tetap dan perpegang teguh pada jalan agama Allah ini..

Harapan anak mu di bumi sumpahan ini agar ibu sentiasa mendoakan kami dapat berusaha mencari ilmu di bumi para nabi ini..
 
Bersempana juga hari peperiksaan yang semakin hampir.Mohon doa ibu mengiringi perjuangan kami untuk menempuh peperiksaan yang akan datang tidak lama lagi..

Mohon maaf atas segala salah salah diri ku ini wahai ibu ku.Daripada saya sebesar tapak tangan sehingga lah saya seusia ini.Saya ingin mengatakan bahawa saya tersangat rindu pada ibu.Benarlah..bermusafir ini memang memerlukan  ketabahan.....

Anakmu,
Muhammad Sabri  bin Mastori
Penuntut Ilmu Mansurah

Sabtu, 13 November 2010

Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah!!!



       Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.


Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.


Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. 

Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di Nerak a,Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.


Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali,  wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.


Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.


Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.


Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.


Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.


Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.


Peliharalah aurat kita seperti mana seorang pahlawan menjaga panji Islam di medan perang,,bila mana  panji itu dimusnahkan,maka JATUH lah maruwah ISLAM!!!


MAKA sekiraya aurat di biarkan,bermakna kita telah menjatuhkan diri dalam kebinasaan Allah...
Sebar-sebarkan dan jom sama-sama jihab berAmal!!!

Jumaat, 24 September 2010

Warkah Buatmu,Sahabat Seakidahku


Salam sayang ku hulurkan kepada sahabat seperjuangan ku yang bertungkus lumus dalam menjalani kehidupan sebagai penuntut ilmu.Tiada apa yang dapat ku lafazkan melainkan aku amat menyanyangi mu kerana kau adalah sahabat seakidah di jalan dakwah juga kerana kecekalan iman mu mempertahankan agama sebagai pakaian yang melambangkan ketinggian peribadi mu.

Sahabat ku yang disayangi..

Aku amat berbangga terhadapmu kerana kecekalan dan ketabahan mu menempuh ranjau kehidupan sebagai penuntut ilmu.Sesungguhnya disana pasti terdapat banyak ujian dan dugaan yang mencabar yang harus kita harungi dengan baik.

Tapi sahabat ku..

Berlapang dada memaafkan sahabat kita dan bersyukur kerana di kurniakan Allah seseorang sahabat yang baik.Cuma kadang terlalai sedikat dalam beberapa perbuatan yang kurang meyenangkan mu.Janganlah perjuagan kita terbantut kerana perkara sebegini.Kerana cita-cita kita masih jauh lagi iaituDalam perjalanan hubungan kehidupan ini,harus ada salah dan silap dalam perhubungan.Jadi di kesempatan ini aku memohon agar kita membina Daulah Islamiah!!!

Sepatut nya persahabatan kita sudah seteguh pokok kelapa yang kukuh selepas dilanda tsunami di tepi pantai aceh,Indonesia.Ayuhlah sahabatku kembalikan kegemilangan Islam dengan kekuatan persahabatan kita!!!




Teman, aku ingin… Teman tersayang,,

Aku ingin kita seperti Abu Bakar AL Siddiq,,, Persahabatan terjalin kerana AL Khaliq,,, Harta dikorban bukan sedikit ,,, Cinta kebenaran,sanggup bersakit!!!

Serta tawakal Ibrahim mulia,,, Ketika meninggalkan insan tercinta,,, Di bumi tandus tanpa bicara,,, Meyakini ALLAH sebagai penjaga!!!

Aku impikan antara kita seorang Umar,,, Berdiri tatkal tunduknya manusia,,, Bersuara tatkala diamnya manusia, ,, Mengerunkan musuh durjana!!!

Serta senyuman Syed AL Qutb,,, Ketika berhadapan dengan tali maut,,, Akidah mantap tidak terenjut,,, Roh dakwahnya tidak pernah surut!!!

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubair,,, Menahan panahan Hajjaj dengan rela,,, Bersama si ibu tua Lantas syahid, rohnya kesyurga!!!

Marilah kita menyemai benih Hasan AL Bana,,, Fikrahnya jernih , menggegar dunia,,, Merelakan tubuhnya dimamah peluru,,, Demi menegakkan kalam ALLAH dan Rasul!!!

Aku cintakan pemuda GIFFARI,,, Menentang kezaliman walaupun diancam,,, Mogakan lahir lagi pada abad ini,,, Jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram!!!

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,,, Tetap menyintai saudaranya ,,, Walaupun dihumban diperigi tua,, Terpisah daripada ayahandanya bertahun lamanya!!!

Aku ingin pusara kita harum mewangi,,, Bagai harumnya kubur Masyitah.,,, Semerbak kasturi!!!

Aku ingin persahabatan ini,,, Bisa menjadi syafaat,,, Di mahkamah masyar nanti!!!

putera_umar@sabri

Sabtu, 11 September 2010

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin



بسم الله الرحمن الرحيم



SEDAR TIDAK SEDAR RAMADAN TELAH MELABUHKAN TIRAINYA...
SEMOGA AMALAN DAN TAUBAT DITERIMA ALLAH..
SALAM AIDILFITRI DARIPADA PERANTAWAN...
MAAF DIPINTA,DOA DI MOHON.....



Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin di ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Ibu Ayah adik2 dan sanak saudara...anakmu tersangat merindui mu ibu dan ayah...raya pada kali ini,, telah 2 kali aidilfitri anakmu menyambut bersama kawan-kawan diperantawan....semoga suatu hari nanti,, kita dapat Allah pertemukan untuk menyambut aidilfitri yg mulia ini bersama-sama...

Tidak lupa juga pada kawan-kawan di Malaysia....terus kan perjuangan disana...matlamat kita besar dan jelas,,,cuma kita ditempat yg berbeza..semoga Allah memilih kita agar dapat bersama-sama menggalas tugas ISLAM yg besar ini...

Juga pada rakan seperjuanganku di sini,,Tanah Sumpah,,Ardul Kinanah...hamba menyeru kepada diri hamba dan sahabat-sahabat sekalian agar sentiasa memperbaiki diri dan ilmu...membuat persediaan yang baik dan bersungguh-sungguh kerana negara kita sedang memanggil dan menunggu kita oleh kerana ummat masyarakat yg semakin mengerunkan....
Usahlah kita bersenang-lenang dengan hiburan yang melupakan kita pada amanah negara,,lebih-lebih lagi amanah agama Allah pada hambanya yang bergelar Mahasiswa ISLAM...bangkitlah sahabat-sahabatku seperti bangkitnya semangat sahabat-sahabat Nabi !!!!!!!

AGAMA tidak berhajat kepada kita UNTUK MENGANGKATNYA,KERANA Allah sendiri boleh mengangkat Islam TANPA kita...tetapi kita lah yg berhajat kepada agama agar Allah memilih kita dalam rantai yg berada pada jalan mengangkat ISLAM!!!

Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar..walillahil hamd
Muhammad Sabri b Mastori Penuntut Universiti Al Azhar

Salam Aidilfitri


Jumaat, 21 Mei 2010

salam imtihan..

salam imtihan buat seluruh penuntut ilmu Allah dibumi mesir ini.
semoga langkah kita yang pertama keluar daripada rumah menuju ke jamiah, adalah langkah yang berkeyakin dan bersemangat
kerana telah menbuat persiapan yang baik.
Janganlah langkah kita,langkah yang tidak berkeyakinan kerana membuat persiapan yang tidak seberapa...

(selagi kamu tidak duduk di kerusi imtihan, selagi itu ruang masa terbentang)-ustazah azarina karim-mantan mahasiswi al azhar mansurah-


selamat menduduki imtihan!!!!!!!!!!!

salam permulaan

Assalamualaikum..

salam permulaan..