Isnin, 28 Mei 2012

ya Allah..kenalkan Aku tentang MU ya ROBB..

 تعلمت ربي بربي  لو لا ربي ما عرفت ربي
Aku telah  belajar tentang tuhan ku daripada tuhan ku
kalaulah bukan kerana tuhan ku,maka aku tidak kenal tuhan ku.

Dalam syair ini kita fahami bahawa yang ajarkan kita tentang ALLAH adalah Allah sendiri sebenarnya.Dan kalau lah Allah tidak ajar kita tentang DIA maka kita tidak akan  dapat kenal tuhan kita.Maksudnya tentang kenal Allah itu terlalu luas
.Kenal kebesaran Allah
kenal agama Allah
kenal tujuan hidup
kenal RasulAllah
dan mcm lagi.

jom kita kenal kebesaran Allah.Allah telah berfirman di dalam surah Al Muddassir.ayat 1-3

يايها المدثر.قم فأنذر.وربك فكبر
maksudnya.wahai orang yang berselimut.bangunlah,lalu berilah peringatan.dan agungkanlah TuhanMU

Sebahagian ulama memberitahu diantara cara untuk membesar dan mengagungkan Allah adalah dengan menyebut ciptaan Allah di muka bumi ini.
 perlu kita kata:
خلق السماوات هو الله
خلق الأراضين هو الله
خلق البحار هو الله
خلق الشمس هو الله 
خلق القمر هو الله 
خلق الكواكب هو الله
 خلق  الحيوان هو الله
خلق الجن هو الله 
خلق الانسان هو الله
 خلق المشارق هو الله
 خلق المغارب هو الله
yang ciptakan langit adalah Allah
yang ciptakan bumi adalah Allah
yang ciptakan  lautan adalah Allah
yang ciptakan matahari adalah Allah 
yang ciptakan bulan adalah Allah
yang ciptakan bintang adalah Allah
yang ciptakan binatang adalah Allah 
yang ciptakan jin adalah Allah 
yang ciptakan manusia adalah Allah!!!
yang ciptakan timur adalah Allah
yang ciptakan barat adalah Allah.. 

قال الله تعالى
ألم تروا كيف خلق الله سبع سماوات طباقا.وجعل القمر فيهن نورا وجعل الشمس سراجا.والله أنبتكم من الأرض  نباتا.ثم يعيدكم فيها ويخرجكم إخراجا.والله جعل لكم الأرض بساطا.لتسلكوا منها سبلا فجاجا.سورة نوح.15-20
وما خلقت الجن والانس إلا ليعبدون

رب المشرق والمغرب لا اله إلا هو فاتخذه وكيلا.سورة المزمل.9
kenapa kita perlu sebut kebesaran ALLAH lagi dan lagi?
supaya kebesaran Allah masuk dalam hati kita dan kebesaran makhluk dapat keluar daripada hati kita.dan juga kita nafikan makhluk dan isbat Allah taala.kerana masih ada manusia yang sembah haiwan seperti kaum hindi,sembah jin bagi ahli sihir,sembah matahari bulan,laut dan semua ciptaan Allah atas muka bumi ini,masih ada lagi manusia yang sembahnya.sebab itu Allah bagi tahu dalam Alquran kerana mahu kita paham bahawa
خلق كل شيء هو الله
yang ciptakan setiap sesuatu adalah Allah!!!
bagaimana pula orang yang sudah islam yang semestinya sembah Allah taala.
kenapa perlu sebut kebesaran Allah..
kerana sekarang dalam hati orang islam sudah jauh daripada kebesaran Allah,,sembah Allah tetapi dalam hati masih lagi ada kebesaran makhluk..kita baca Al quran surah Toha ayat

وما تلك بيمينك يموسى.قال هي عصاى أتوكؤا عليها وأهش بها على غنمي ولي فيها مارب أخرى.قال ألقها يموسى.فألقىها  ف‘ذا هي حية تسعى.قال خذها ولا تخف سنعيدها سيرتها الأولى.سورة طه17-21.

maksudnya:dan apakah yang ada di tangan kanan,wahai Musa?
Dia (Musa) berkata,"Ini adalah tongkatku.aku menongkat padanya,dan aku menarik (daun-daunan)dengannya untuk (makanan)kambingku dan bagiku masih ada lagi manfaat yang lain.DIA (Allah) berfirman,lemparkanlah ia,wahai Musa"!.Lalu (Musa) melemparkan tongkat itu,maka tiba-tiba ia menjadi seekor ular yang merayap dengan cepat.DIA(Allah) berfirman,peganglah ia dan jangan takut,kami akan mengembalikannya kepada keadaannya semula.

ini adalah kisah nabi musa yang Allah sendiri telah tarbiyah nabiNYA.ketika detik ini di dalam hati nabi musa ada kebesaran makhluk iaitu kepada tongkatnya.nabi musa berasa tongkatnya memberi banyak faedah.membantunya berjalan,menarik daun-daunan untuk kambing nya dan pelbagai lagi manfaat tongkatnya.sebenarnya Allah taala mahukan nabi musa berkeyakinann bahawa tongkat tidak memberi manfaat atau pun mudarat.maka Allah meyuruh nabi musa lemparkan tongkatnya dan di jadikan ular.ketika itu nabi musa berasa takut kerana ular itu mengejarnya.dan disini Allah telah tunjukkan yang tadinya nabi musa berasa tongkatnya memberi manfaat dan sekarang tongkatnya memberi mudarat.
dan selepas itu Allah perintahkan nabi musa untuk memegang ular itu dan ketika itu nabi musa dengan izin Allah terus memegang ular itu walaupun ular itu membahayakan  kerana Allah telah bagi nabi musa kefahaman bahawa Allah taalu maha kuasa jadikan benda yang bermanfaat itu mudarat dan Allah taala berkuasa menjadikan benda yang mudarat itu manfaat.maka Allah jadikan ular yang berbahaya itu kepada tongkat seperti sediakala.
maka selepas itu nabi musa telah mendapat kefahaman yang ALLAH kehendakan.bahawa tidak ada yang dapat memberi manfaat atau mudarat melainkan Allah taala.

jadi bagaimana hari ini kita nak perbaiki iman kita bahawa yang memberi kita makan,minum,sakit,sihat,kejayaan,kesedihan,kegembiraan adalah Allah yang maha agung..

kisah terakhir ketika kami dalam kelas sekolah menengah dulu..time kelas matematik..cikgu kami memulakan kelas dengan mengajar kami dengan penuh kesungguhan.dan kami juga telah memberikan sepenuh tumpuan.tidak ada daripada kami yang tidur atau pun tak bagi tumpuan.lepas cikgu tu mengajar.cikgu tu kata.ok pelajar2..ada yang tak paham ke..jadi dikalangan kami ade beberapa pelajar lelaki yang tak paham dan beberapa pelajar perempuan..dan cikgu menyuruh kawan2 sebelah yang paham untuk ulangkan kepada kawan2 yg tak paham.sebelah saya, kawan saya nama bad yang tak paham skit..so kami try tolong dia  

.Alhamdulillah..lepas semua  org paham.maka cikgu tu tanya.siapa yang bagi kamu kefahaman tajuk matematik kita hari ni.maka semua diam.maka cikgu jawab yang bagi kefahaman tajuk matematik pada hari ni kepada kamu adalah Allah!!!..saya ajar semua dlam kelas sama sahaja.dan kamu semua dgr dgn baik..tapi ade yg tak paham,
depan 2,3 org... belakang 2,3 org..dan baki semua paham..

dan cikgu tu kata..sebenarnya Allah taala berkehendak bahawa cikgu yang mengajar ni doakan supaya Allah beri anak muridnya kefahaman:
ya Allah berilah kefahaman kepada anak murid ku ya Allah..

dan Allah berkehendak bahawa anak2 murid juga berdoa minta pada Allah..
ya Allah pahamkan lah kami tajuk yang cikgu kami nak ajar ni ya Allah...


ini lah kehendak Allah kepada kita semua...
Allah mahu kita yakin yang bagi 
kefahaman
kesakitan 
kesembuhan
kejayaan
adalah Allah!!!!!!!
semoga Allah bagi saya faham tentang Allah...