Isnin, 17 September 2012

hadirkan janji Allah dan rasul

Daripada Abdullah Sunabihiy r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:Apabila seorang mukmin berwudhu' yang disertai dengan berkumur-kumur maka akan keluar dosa-dosanya daripada sebab mulutnya.Apabila dia membasuh wajahnya maka akan keluar dosa-dosa wajahnya sehingga dibawah kelopak matanya.Dan apabila dia membasuh tangannya maka akan keluar dosa-dosa daripada tangannya sehingga  ke bawah kuku  jarinya.Apabila dia menyapu rambutnya  maka akan keluar dosa-dosanya daripada seluruh rambutnya sehingga ketelinganya dan apabila dia membasuh kedua belah kakinya,maka akan gugur dosa-dosanya sehingga ke bawah kuku jari kakinya.Kemudian dia berjalan ke masjid dan sembahyang sunat,maka bertambahlah fadhilatnya.

Dalam satu riwayat yang panjang  daripada umar ibnu Abasah As Sulamiy r.a meriwayatkan bahawa :Barang siapa yang berwudhu' kemudian berjalan ke masjid dan mendirikan sembahyang sunat kemudian memuji Allah s.w.t,Dialah Zat yang layak disembah,dengan segala kebesaran yang hatinya  tertumpu kepada KebesaranNya.Orang yang seumpama ini,selepas dia sembahyang ,akan dicucikan segala dosa-dosanya sebagimana hari yang baru dilahirkan oleh ibunya.(HR Muslim)

Dan sebahagian ulama berkata:Hendak lah apabila kita berwudhu',kita hadirkan fadilat ini.Ketika berkumur-kumur,hadirkan dalam diri kita semoga Allah gugurkan semua dosa2 kita akibat mulut kita.Bila basuh muka,hadirkan berapa banyak dosa daripada mata dan hidung semua.Ketika basuh kepala dan telinga,hadirkan berapa banyak dosa berpunca daripada kepala dan telinga saya..Hadirkan berapa banyak dosa kita lakukan membawa kaki kita ke arah maksiat...Dan ulama berkata, dengan kita hadirkan perasaan ini ketika berwuduk akan mendapat kelebihan berwuduk ,,dan lebih membersihkan zahir dan batin kita,luar dan dalam....

semoga Allah beri kita kekuatan dalam beramal...

 






Jumaat, 7 September 2012

janji kite kawan2!



Dari Aisyah ra meriwayatkan bahawa tidak pernah Nabi saw memberati sembahyang-sembahyang sunat sebagaimana memberati sembahyang dua rakaat sunnat sebelum subuh.(HR Muslim)

semoga dengan pertambahan umur kita,bertambah juga 'syauk wa ragbah' kita pada amal soleh...

kurniakan kami ya Allah hati yang tenang..
buat semua ahli bait aq dan semua kawan2 ...
jangan pernah penat untuk turun sambut seruan tuhan, sampai bile!!????


sampai kita jumpa tuhan kite...janji!!!
7 september