Rabu, 17 Oktober 2012

salah saya lah tuan...


   

Mesir,
Hayyu 10,
Masjid Gamek,
Bangun daripada tidur, lepas kene kejut ngan org tanggungjawab masjid.nak  pergi keje kot he3=)
6.00 pagi dalam perjalanan nak ke rumah kawan,, berlaku (satu kejadian)
so lepas berlaku tu,tukar arah tujuan,pergi ke bangunan Selangor.rehat....

 Dalam bilik kawan selepas (satu kejadian) itu...
sahabat : kenapa ni tuan?
saya : baru lepas kene rompak =)
sahabat : Allah..salah saya lah tuan sebab tak buat dakwah,sehingga ummat jadi mcm nie.
saya : dalam hati (Allah2 kene molek la ayat tu kat aq)..he=)

(satu kejadian)
kejadian biasa je..adela  lebih kurang 8 org budak2..umur dalam 15 kot...lepak kat tebing diding tinggi belakang imarah kedah...so daripada jauh tu,,dia dah panggil2 da,,,
ya akhi...ya akhi...
aq buat tak tahu je...
last2 seorg drpd mereka dtg kat aq keluar pistol..he3 mainan kot..
so buat tak tahu lagi,,
tiba2 dtg seorg drpd belakang aq grippp aq,,ha2 lemas2...
apa lagi jerit la..


pencuri222..
so lepas bergelut die amik henset (lampu suluh) aq dan beg aq...
sempat aq cakap kat die..(bahasa arab la sebab org arab he2)
cuba ko tengok dalam beg tu,,hanya ada Al quran.
 Die tengok dan die letak balik..dan blahh...

mujur die tak amik Al quran aq..dtg jauh2 drpd mansurah nak ngaji he3..
ini lah kejadian biasa2 tu...


yang mahal kisah ni,,adalah kata2 ini..

 sahabat : Allah..salah saya lah tuan sebab tak buat dakwah,sehingga ummat jadi mcm nie.




masalah yg saya hadapi :
1)bersepah2 akhowat mansurah jalan malam2 tanpa musyriff daripada  tir'ah sampai ke dirasat..
2)akhowat ke cybercafe malam2 tanpa musyriff..x tahu lah klou budak2 baru...

boleh jadi meraka tidak tahu...banyak kes2 berlaku :
 1) pecah rumah sampai  beribu2 habis..
2)akhowat kene rompak dalam teksi hampai 32 ooo genih..(mujur x lebih dr tu)
3)akhowat kene pegang2 ngan org lain...
 4)hampir2 kene rogol...banyak kot kes tu...tapi tak ramai yg tahu sebab tak heboh...
adik aq pon pernah di ikuri oleh org..Alhamdulillah Allah selamat kan...

kesimpulan-aq pandang kawan2 girl mcm adik2 aq..sebab tu aku nak korg jaga diri..aq mampu doakan drpd jauh...

yang duduk malaysia or mana alam dgn family..dgr lah ckap ibu ayah ,,,klou diorg tak bagi keluar,,,dengar dan taat...
insyaAllah ade kebaikan...x kan bile dah jadi apa2 baru tahu,,ohhh sebab tu ayah x bagi keluar..

yg di mesir,,,jaga diri,,sayg kan diri sendiri..saya yg lelaki dah kena rompak 2 kali...
Alhamdulillah tak luka22..kawan2 ade yg berdarah2 patah kaki...

mcm mana klou yg kene wanita..puteri2 ISLAM...
cubit peha kanan,peha kiri nangis....



salah saya lah tuan,,ummat jadi mcm ni..sebab main2 buat usaha agama.!!.....
motif-bangkit



Sabtu, 6 Oktober 2012

bantu kami ya Allah...



Pengakuan tentera Israel jika jemaah solat subuh seramai solat jumaat, kami akan musnah

Israel Hancur Jika Jemaah Solat Subuh  Seramai Solat Jumaat.Seorang ulama besar,Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman dakwahnya ketika pergi dakwah di Jordania.Ketika di Jordania beliau pergi ke daerah perbatasan Jordania-Israel.Sampai di daerah perbatasan ,ketika rombongan  Syaikh Tariq Jamil selesai solat subuh di salah satu masjid di perbatasan,setelah melihat sebentar,lalu tentera Israel itu langsung pergi.Maka Syaikh menghampiri tentera Israel itu dan bertanya apa yang dia lakukan tadi.

 Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang ISLAM YANG HADIR SOLAT SUBUH DI MASJID,”kata tentera Israel itu.Syaikh Tariq Jamil kehairanan bertanya “kenapa”?Dia pun menjawab “di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis “Jika di seluruh dunia jumlah  orang islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah bilangan solat jumaat,maka saat itu Israel akan hancur.”tetapi ketika tadi saya lihat di masjid,jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit,maka hati saya tenang ,kerana umat Islam pasti tidak bisa kalah kan kami..”Mendengar perbicaraan ini Syaikh Tariq sangat kehairanan.
Seperti mana sudah tahu bahawa solat subuh adalah solat yg  paling sulit di tunaikan,kerana subuh adalah saat paling gelap,dingin dan saat orang sedang tidur.Bila mana solat subuh boleh di tunaikan maka solat lain pasti akan mudah di tunaikan.

Sebahagian besar umat Islam tidak mengetahui pengakuan  tentera Israel ini ,bahawasanya Israel akan hancur jika jemaah solat subuhnya umat Islam yang hadir seraai solat jumaat.
Orang yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya umat Islam bisa meninggalkan solat 5 waktunya.Kerana orang yahudi faham bila mana Orang Islam meninggalkan solat fardunya maka Allah SWT pasti tidak akan menolong umat Islam.Sehingga semua usaha umat Islam untuk membela Palestin selalu mengalami kegagalan.

Nota:Memang tidak dinafikan lagi Solat Subuh ini memang sukar dilakukan kerana kita sedah asyik dengan mimpi kita sendiri dan memang sukar nak bangun untuk menunaikan solat subuh.Dengan kisah di atas tadi,adakah saya dan kita semua masih tidak sedar lagi wahai para saudaraku sekalian.Mari kita sama-sama berusaha untuk bangun subuh demi tegaknya agama dalam diri kita.Tekatkan azam dalam diri kit a semua…




Kelebihan Solat Subuh Berjemaah 

1-    1-MENDAPAT PAHALA SEPERTI MENGHIDUPKAN MALAM KESELURUHANNYA

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
(( مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَهُوَ كَمَنْ قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ ، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَهُوَ كَمَنْ قَامَ اللَّيْلَ كُلَّهُ )) .
[ مسلم ]

Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya nabi s.a.w bersabda:
“ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam.
[ HR Imam Muslim]

2- MENDAPAT PERLINDUNGAN ALLAH

فَعَنْ جُنْدَبِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
(( مَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللَّهِ.
[ البخاري ]

Daripada Jundub bin Abdullah berkata: Bersabda rasul s.a.w
“ Sesiapa yang menunaikan solat subuh, maka dia berada dalam perlindungan Allah.
.
3-MALAIKAT AKAN MENJAGANYA SEPANJANG HARI

عن رجل صحب النبى صلى الله عليه و سلم قال : بلغنى ان الملك يغدوا برايتة مع اول غاد الى المسجد فيظل معه حتى يصلى ثم 
يخرج معه حتى يدخل بها الى منزله و بلغنى ان الشيطان يغدوا برايتة الى اول غاد الى السوق فيظل معه حتى منزله
 
Dari seorang lelaki yang menemani nabi s.a.w berkata, sampai kepadaku bahawa malaikat berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang pertama ke masjid, malaikat akan bersama dengannya sehingga dia solat, kumudian akan keluar bersamanya sehinggalah dia masuk ke rumahnya, dan sampai juga kepadaku bahawa syaitan berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang pertama ke pasar dan akan bersama dengannya sehingga ke rumah.
Hadith ini disebut oleh al-Munziriyy dalam al-Targhib wa al-Tarhib

4- Orang yang melakukan solat subuh secara berjemaah malaikat akan berkumpul dengannya dan mendoakannya
قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : يتعاقبون فيكم ملائكة بالليل و ملائكة بالنهار و يجتمعون فى صلاة الفجر و صلاة العصر فيعرجون فيسألهم الله و هو اعلم كيف تركتم عبادى : يقولون تركناهم و هم يصلون و اتيناهم و هم يصلون فأغفر لهم يوم الدين (متفق عليه)
 
Bersabda rasul s.a.w:Para malaikat malam bertukar dengan malaikat siang dan mereka berhimpun pada waktu solat subuh dan solat Asar, mereka kemudian naik ke langit Allah bertanya kepada mereka dan Dia lebih mengetahui. ” Bagaimana kamu tinggalkan hamba-ku?”
Para malaikat menjawab: Kami tinggalkan mereka dalam keadaan menunaikan solat dan kami bertemu dengan mereka juga dalam keadaan menunaikan solat, ampunkanlah mereka pada hari pembalasan. ”Hadith Muttafaqun ’Alayhi
.
 5- Orang yang melakukan solat subuh berjemaah berpeluang untuk mendapat pahala haji dan umrah setiap hari

عن أنس رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من صلى الفجر في جماعة، ثم قعد يذكر الله تعالى حتى تطلع الشمس، ثم صلى ركعتين، كانت له كأجر حجة وعمرة تامة تامة تامة
 
Diriwayatkan daripada Anas R.anhu katanya: Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, kemudian dia duduk mengingati Allah sehingga terbit matahari, kemudian dia mengerjakan solat sebanyak dua rakaat, dia akan mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah, sempurna. Sempurna. sempurna .
.
6- Allah menjanjikan orang yang menjga solat subuh berjemaah untuk dimasukkan ke syurga

حديث أبي موسي(رضي الله عنه
(( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من صلى البردين دخل الجنة ))
 
“Sesiapa yang melakukan dua solat yang sejuk secara berjemaah akan memasuki syurga.”
Dua solat yang sejuk ialah solat subuh dan asar
 
7- Allah s.w.t tidak akan memasukkannya ke dalam neraka

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : لم يلج النار أحد صلى قبل طلوع الشمس و قبل غروبها رواه مسلم
 
Sabda rasul s.a.w : Tidak akan masuk neraka seorang yang menunaikan solat sebelum terbit matahari dan sebelum tenggelam.

8- SELAMAT DARI SIFAT MUNAFIQ

من حافظ على صلاة الفجر فى جماعة فقد (( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : ان اثقل صلاة على المنافقين صلاة الفجر و صلاة العشاء )) . و فى رواية (( ما يشهدهما منافق
Sabda rasul s.a.w:
“ Sesungguhnya solat yang paling berat ke atas orang munafiq ialah solat subuh dan solat Isyak dan dalam riwayat yang lain: Solat subuh dan isyak tidak dihadiri oleh orang munafiq

     9- Allah swt memberikan kepada cahaya dalam kegelapan hari Qiamat
 
(( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : بشر المشائين فى الظلم الى المساجد بالنور التام يوم القيامة ))
Sabda rasul s.a.w:
“ Bergembirah orang yang berjalan dalam gelap untuk ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.”
Solat yang gelap ialah solat Isyak dan subuh