Ahad, 17 Jun 2012

kehadapankan kehendak Allah,untuk menagih kasih sayangNYA

Dari Ummi Darda r.ha menceritakan satu ketika aku bertanya kepada Abu Darda r.a:Tidakkah kamu mencari sesuatu untuk tetamu-tetamu sebagaimana orang lain mencari sesuatu (harta atau sesuatu makanan) untuk tetamunya? Beliau menjawab: Ssesungguhnya aku mendengar baginda Rasulallah bersabda:Dihadapan kamu terdapat sebuah jalan yang sempit dan sukar untuk dilalui bagi orang yang banyak membawa bebanan.Oleh itu aku mahu supaya melalui jalan itu dengan bebanan yang ringan.(H.R Al Baihaqi)

Allah!!cantik kefahaman para sahabat nabi,,dikehadapankan  keuntungan akhirat berbanding keindahan dunia.Bukanlah tidak tunaikan langsung hak tetamu,tetapi hak diri pada Allah di dahulukan.Sebab kebiasaannya kita terlalu melebih-lebihkan untuk perkara yang tidak sepatutnya..membeli meja makan yang mahal-mahal,set pinggan mangkuk dan sebagainya..bukan tidak boleh semua tu..tetapi adalah lebih baik di salurkan kearah yg lebih perlu..
Para sahabat faham dengan sebenar2 kefahaman...moga kita juga beroleh kefahaman seperti itu.Allahumma amin...


Dari Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa satu ketika baginda s.a.w keluar pada musim gugur dan banyak daun-daun berguguran daripada pohon.Lantas baginda mengambil sebatang ranting dan menggocangkan-goncangkan sehingga daun-daunnya gugur dan berkata:Wahai Abu Zar! Aku menjawab Labbaik Ya Rasulallah ! Baginda bersabda: Sesungguhnya seorang muslim apabila  bersembahyang semata-mata untuk menggembirakan Allah dosa-dosanya akan  tergugur sebagaimana daun-daun ini gugur daripada pohonnya.(HR Ahmad)

Allah2! cantikkan sekiranya kita lakukan sesuatu kerana Allah..
Allah sangat suka..kita buat sesuatu perkara semata2 untuk sukakan Allah...Allah tidak berhajat pada amalan kita..tetapi kita sangat2 berhajat pada kasih sayang Allah...

saya pernah tanya ibu saya...(time kecik2 skit la he2)
SAYA: ibu,tak panas ke pakai tudung labuh?kita pakai kopiah ni pon   panas.berpeluh!!!!

ibu:panas...siapa kata tak panas..klou pakai kopiah pon berpeluh..apa lagi tudung..tapi kita ni kan hamba..taat dan patuh arahan Allah..klou tak panas, semua perempuan mudah nak pakai..tapi inikan arahan Allah,,buatlah apa yg dia suka..mesti ada sebabnya...

benar apa ibu kata..semoga kita di beri kekuatan melakukan amalan untuk menagih kasih dan sayang Allah....
 

Ahad, 10 Jun 2012

yakin itu indah

Dari Abi Hafsah rahmatullah meriwayatkan,Ubadah bin Somit menasihati anaknya:Wahai anakku,sesungguhnya engkau tidak akan merasi hakikat iman (yakin) sehingga kamu percayai (dengan keyakinan) bahawa apa sahaja yang menimpa kamu, tidak terlepas daripada kamu dan apa sahaja yang  belum menimpa kamu, memang tidak di takdirkan perkara itu akan berlaku.Aku mendengar Rasulallah S.A.W. bersabda:Sesungguhnya (perkara) pertama yang Allah Taa'la ciptakan adalah kalam(pena),kemudian Dia berfirman kepadanya,tulislah!Maka kalam itu bertanya:wahai Tuhanku,apakah yang mesti aku tulis? Allah berfirman: Tulislah tentang takdir segala sesuatu sehingga hari kiamat.Wahai anakku sesungguhnya aku mendengar Rasulallah SAW bersabda:Barangsiapa yang mati dengan keyakinan yang selain daripada ini,maka dia bukanlah daripada golonganku.  



Dari Anas r.a meriwayatkan,Aku mulai berkhidmat kepada Rasulallah saw ketika umurku 8 tahun,selama 10 tahun berkhidmat dia tidak pernah menyalahkan aku apabila berlaku kerugian(kesalahan) yang berlaku dengan sebab tanganku.Dan jikalau seseorang daripada keluarganya menyalahkan aku,Baginda akan bersabda: Biarkan dia,kerana sesungguhnya jikalau sesuatu telah ditakdirkan,pasti akan terjadi!




maha suci Allah..cantik sungguh akhlak nabi kita.Ditambah keyakinan yang mantap yang di ajarkan oleh baginda nabi SAW...apa2 yang berlaku,pasti akan berlaku dan kita selaku hamba perlu yakin dan tahu untuk melaluinya dengan baik...bila di timpa kebaikan,,maka serahkan kebaikan itu kepada Allah,dan apabila di landa musibah,bersabarlah dengan mengadu padaNYA...

bukan membiarkan takdir datang dengan menunggu sahaja,,tanpa usaha..tetap selepas melalui usaha itu perlu yakin sepenuhnya dengan Allah,,itu semuanya dalam pengatahuan Allah...

semoga saya dan kita semua diberi kefahaman dalam AGAMA...