Dari Abi Hafsah rahmatullah meriwayatkan,Ubadah bin Somit menasihati anaknya:Wahai anakku,sesungguhnya engkau tidak akan merasi hakikat iman (yakin) sehingga kamu percayai (dengan keyakinan) bahawa apa sahaja yang menimpa kamu, tidak terlepas daripada kamu dan apa sahaja yang belum menimpa kamu, memang tidak di takdirkan perkara itu akan berlaku.Aku mendengar Rasulallah S.A.W. bersabda:Sesungguhnya (perkara) pertama yang Allah Taa'la ciptakan adalah kalam(pena),kemudian Dia berfirman kepadanya,tulislah!Maka kalam itu bertanya:wahai Tuhanku,apakah yang mesti aku tulis? Allah berfirman: Tulislah tentang takdir segala sesuatu sehingga hari kiamat.Wahai anakku sesungguhnya aku mendengar Rasulallah SAW bersabda:Barangsiapa yang mati dengan keyakinan yang selain daripada ini,maka dia bukanlah daripada golonganku.
Dari Anas r.a meriwayatkan,Aku mulai berkhidmat kepada Rasulallah saw ketika umurku 8 tahun,selama 10 tahun berkhidmat dia tidak pernah menyalahkan aku apabila berlaku kerugian(kesalahan) yang berlaku dengan sebab tanganku.Dan jikalau seseorang daripada keluarganya menyalahkan aku,Baginda akan bersabda: Biarkan dia,kerana sesungguhnya jikalau sesuatu telah ditakdirkan,pasti akan terjadi!
maha suci Allah..cantik sungguh akhlak nabi kita.Ditambah keyakinan yang mantap yang di ajarkan oleh baginda nabi SAW...apa2 yang berlaku,pasti akan berlaku dan kita selaku hamba perlu yakin dan tahu untuk melaluinya dengan baik...bila di timpa kebaikan,,maka serahkan kebaikan itu kepada Allah,dan apabila di landa musibah,bersabarlah dengan mengadu padaNYA...
bukan membiarkan takdir datang dengan menunggu sahaja,,tanpa usaha..tetap selepas melalui usaha itu perlu yakin sepenuhnya dengan Allah,,itu semuanya dalam pengatahuan Allah...
semoga saya dan kita semua diberi kefahaman dalam AGAMA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan