Sabtu, 31 Ogos 2013

Ajari kami Al quran, ya Rahman.....


Nabi menggalakkan orang yang "berjual beli" bahawa ia beruntung dengan sebab membaca Al quran.

Imam Thabrani mengeluarkan hadits daripada Abu Umamah.Sesunguhnya seorang lelaki datang kepada RasulAllah dan berkata."ya RasulAllah! Saya membeli harta rampasan milik Bani fulan dan saya mendapat keuntungan sekian.

Nabi bersabda,"Ingat ! Aku akan beritahu kamu sesuatu yang lebih banyak keuntungan sekian."

"Apa itu?"tanya lelaki itu.

RasulAllah menjawab,"Seseorang yang belajar 10 ayat daripada Al quran."

Maka lelaki tersebut pergi dan belajar 10 ayat kemudian mendatangi Nabi dan menghabarkannya.=)))



Abi Musa membacakan Al quran kepada orang-orang dan RasulAllah pun ikut mendengarkannya.

Abu Ya'la mengeluarkan hadits daripada Saidina Anas.Ia berkata : Abu Musa duduk di rumahnya dan ketika orang-orang berkumpul menggerumuninya maka ia pun memulai membacakan Al quran kepada mereka.

Seorang lelaki menemui RasulAllah dan berkata,"ya RasulAllah!
Saya akan membuat tuan kagum terhadap apa yang telah diperbuat Abu Musa.Ia duduk dan ketika orang-orang berkumpul menggerumuni maka ia mula membaca Al quran.

RasulAllah bersabda : "Bolehkan kamu duduk dan menyembunyikan ku sehingga tidak ada seorang pun daripada mereka yang melihatku?"

"Baiklah,"jawabku.

Maka RasulAllah keluar dan seorang lelaki tadi duduk menutupi Nabi sehingga beliau tidak terlihat oleh sesiapa pun kemudian beliau mendengar bacaan Abu Musa dan bersabda ,"Sungguh ia membaca seperti alunan bacaannya Nabi Daud


Khamis, 22 Ogos 2013

حياة الرجال رضى الله عنه ورضوا عنه




Ibnu Asakir mengeluarkan hadits drpd Wahab bin Aban al Qurasyi drpd Ibnu Umar bahawa suatu ketika ia keluar untuk bermusafir.

Ketika dalam perjalanan,tiba-tiba kaumnya berhenti.Lalu ia bertanya,"Apakah yang terjadi?"

Mereka menjawab,"Ada seekor harimau di jalan yg membuatkan orang-orang takut,"




Lalu ia turun drpd kudanya dan berjalan ke arah harimau lalu memegang telinga harimau itu dan mengelus-ngelusnya.Tiba-tiba harimau itu menundukkan lehernya dan pergi.


Kemudian ia berkata,"RasulAllah tidak berdusta dengan apa-apa yang disampaikan kepadaku.

Aku mendengar RasulAllah bersabda,
"Pastinya yang menguasai anak Adam adalah yang di takutinya,jika anak Adam  tidak takut pada sesuatu, kecuali kepada Allah, maka selain Allah tidak akan menakut-nakutinya dan pastinya yang mewakili anak Adam adalah yang diharapkan,jika anak Adam tidak mengharap kecuali kpd Allah, maka ia tidak mewakili kepada yang selainnya

Harimau tunduk kepada
Saidina Ibnu Umar رضى الله عنه


Apa manfaat daripada kisah ini lepas baca..
kita doa pada Allah...

ya Allah kurniakan aku sifat hanyasanya berharap,berserah,tunduk dan patuh pada Mu ya Allah

bukan berharap atau takut atau tunduk selain drpd Mu

bimbing kami ya Allah,,ajari kami=(
amal sunnah Rasul Mu sehingga kami memperolehi kejayaan seperti mana kejayaan para Sahabat yg engkau sendiri telah reda pada mereka dunia lagi sebelum akhirat

Ameen=)))


Allah telah berfirman dalam hadits Qudsi :
kalau kamu dapat AKU
maka kamu dapat segala-galanya

Tapi klou kamu kehilangan AKU
kamu kehilangan segala-galanya

Dan AKU lebih baik drpd segala-galanya!!!!

Rabu, 21 Ogos 2013

Kisah seseorang yg belajar HADITS kepada Abu Darda رضى الله عنه



Katsir bin Qais berkata."suatu ketika aku sedang duduk di majlis Abu Darda di masjid Damsyik.Kemudian datang lah seorang lelaki menghampiri Abu Darda lalu berkata,"Aku datang drpd Madinah Munauwarah .Aku datang disini semata-mata untuk mendengar sebuah hadits daripadamu.Aku dengar engkau mendengar hadits tersebut  langsung daripada RasulAllah.


Abu Darda bertanya kepada lelaki tersebut."Apakah kamu kesini sambil berdagang?"Lelaki itu menjawab,"Tidak."Abu Darda bertanya lagi,"Apakah ada urusan lain sehingga engkau datang kemari?"Jawab lelaki itu,"Tidak ada.Aku datang kemari hanya untuk mengetahui hadits itu.

"Abu Darda berkata,"Aku mendengar RasulAllah bersabda,"Barang siapa pergi menuntunt ilmu,maka Allah memudahkan baginya jalan menuju ke syurga.Para malaikat membentangkan sayapnya kerana reda pada para penuntut ilmu,dan semua makhluk yg hidup dibumi akan memohon keampunan bagi penuntut ilmu hingga ikan-ikan di lautan pun memohonkan ampun baginya.Keutamaan orang alim daripada ahli ibadah adalah seperti perbedaan bulan dan bintang-bintang di langit.Ulama adalah pewaris para Nabi.Para Nabi tidak mewariskan dinar atau dirham,tetapi mewariskan ilmu.Barang siapa mengambilnya(ilmu),maka ia telah memperolehi kekayaan yang tak ternilai(tidak boleh di beli dgn harta).

faedah

Abu Darda adalah seorang sahabat ahli fiqih dan dijuluki Hakimul-Ummah.


Abu Darda bercerita,"Semasa kenabian RasulAllah,, usahaku adalah berdagang.Setelah memeluk Islam,aku ingin menyatukan antara berdagang dan ibadah.Ternyata kedua hal itu tidak dapat disatukan.
Akhirnya perdagangan aku tinggalkan dan sekarang hati tidak lagi peduli dengan nya.Walaupun seandainya aku memiliki kedai dekat pintu masjid,dan aku tidak pernah ketinggalan solat berjemaah dan setiap hari mendapat keuntungan emput puluh dinar,,lalu semua keuntungan itu kusedekahkan,hatiku tetap tidak dapat menerimanya.

Orang ramai bertanya,"Mengapa engkau tidak suka dengan perniagaan seperti itu?Padahal engau tidak tertinggal solat,engkau pun memperoleh keuntungan yang di sedekahkan di jalan Allah,mengapa engkau tidak suka?"Jawab Abu Darda,"Semua itu akan dihisab oleh Allah."Lanjutnya."Aku sangat mencintai mati kerana rindu bertemu Tuanku."Ia juga mencintai kemiskinan agar dapat memiliki sifat tawadhu, dan menyukai sakit kerana dengannya terhapus dosa-dosa.

kiri kiri kiri,
Masjid Saiyyidah Zainab,
Murur,
Mansurah,
Mesir.










Isnin, 19 Ogos 2013

kehidupan para sahabat رضى الله عنهم ورضوا عنه


Menangis Saidina Abdullah bin Rawahah رضى الله عنه ketika disebutkan ayat yang menerangkan
tentang "Neraka Jahannam"



 
Abdur Razak mengeluarkan hadits daripada Qais bin Abi Hazim رضى لله عنه dia berkata : Pernah suatu ketika Saidina Abdullah bin Rawahah رضى الله عنه meletakkan kepalanya di atas pangkuan isterinya, lalu dia menangis dan isterinya terus menangis juga.

Abdullah berkata,"Mengapa kamu mennagis?"

Isterinya berkata ,"Aku melihat engkau menangis lalu aku pun menangis."


Ibnu Rawahah berkata,"Sesungguhnya aku teringat firman Allah :

وإن منكم إلا واردها كان ربك حتما مقضيا


Dan tidak ada seorang pun daripada kamu melainkan mendatangi neraka itu.Hal itu bagi Rabbmu adalah sesuatu kemestian yang sudah di tetapkan.'(Maryam:71)

 
Dan aku tidak mengetahui apakah aku akan selamat atau tidak."

Dalam riwayat yang lain disebutkan bahawa dia dalam keadaan sakit,
sebagimana di dalam kitab Tafsir Ibnu Kasir juz 3 halaman 132.

 
ini lah kehidupan para sahabat.
selalu memikirkan akhirat..
sehingga menjadi betul kehidupan nya didunia..
bila selalu fikir tentang azab dan nikmat..
maka mereka berlumba lumba kearah mendapatkan nikmat akhirat dengan ibadah dengan khusyuk dan bersungguh untuk menghindari azab neraka dan banyak menangisi dosa2 lalu dan kesalahan...

maka kehidupan akan terbetul dengan sendiri
in sha Allah azam sahabat2!!!


in sha Allah cara mendapat kan nya????

1) usaha pada diri selalu cakap dan sampai kan
(supaya diri saya mendapat manfaat drpd percakapan ini)
kepada ibu ayah adik beradik kawan2 percakapan tentang agama, akhirat,ganjaran syurga.
sampaikan yg mudah2 bagi kita dan orang lain..

 
2) sampaikan kpd manusia dengan hikmah dan sabar supaya manusia mendapat manfaat drpd percakapan yg baik ini..

 
3) mohon pada Allah agar di kurniakan sifat mulia ini pada diri kita dan ummat Nabi ini

 
kanan,kanan,kanan
Masjid Abu Fadil
Murur
Mansurah
Mesir