Isnin, 19 Ogos 2013

kehidupan para sahabat رضى الله عنهم ورضوا عنه


Menangis Saidina Abdullah bin Rawahah رضى الله عنه ketika disebutkan ayat yang menerangkan
tentang "Neraka Jahannam"



 
Abdur Razak mengeluarkan hadits daripada Qais bin Abi Hazim رضى لله عنه dia berkata : Pernah suatu ketika Saidina Abdullah bin Rawahah رضى الله عنه meletakkan kepalanya di atas pangkuan isterinya, lalu dia menangis dan isterinya terus menangis juga.

Abdullah berkata,"Mengapa kamu mennagis?"

Isterinya berkata ,"Aku melihat engkau menangis lalu aku pun menangis."


Ibnu Rawahah berkata,"Sesungguhnya aku teringat firman Allah :

وإن منكم إلا واردها كان ربك حتما مقضيا


Dan tidak ada seorang pun daripada kamu melainkan mendatangi neraka itu.Hal itu bagi Rabbmu adalah sesuatu kemestian yang sudah di tetapkan.'(Maryam:71)

 
Dan aku tidak mengetahui apakah aku akan selamat atau tidak."

Dalam riwayat yang lain disebutkan bahawa dia dalam keadaan sakit,
sebagimana di dalam kitab Tafsir Ibnu Kasir juz 3 halaman 132.

 
ini lah kehidupan para sahabat.
selalu memikirkan akhirat..
sehingga menjadi betul kehidupan nya didunia..
bila selalu fikir tentang azab dan nikmat..
maka mereka berlumba lumba kearah mendapatkan nikmat akhirat dengan ibadah dengan khusyuk dan bersungguh untuk menghindari azab neraka dan banyak menangisi dosa2 lalu dan kesalahan...

maka kehidupan akan terbetul dengan sendiri
in sha Allah azam sahabat2!!!


in sha Allah cara mendapat kan nya????

1) usaha pada diri selalu cakap dan sampai kan
(supaya diri saya mendapat manfaat drpd percakapan ini)
kepada ibu ayah adik beradik kawan2 percakapan tentang agama, akhirat,ganjaran syurga.
sampaikan yg mudah2 bagi kita dan orang lain..

 
2) sampaikan kpd manusia dengan hikmah dan sabar supaya manusia mendapat manfaat drpd percakapan yg baik ini..

 
3) mohon pada Allah agar di kurniakan sifat mulia ini pada diri kita dan ummat Nabi ini

 
kanan,kanan,kanan
Masjid Abu Fadil
Murur
Mansurah
Mesir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan