Rabu, 21 Ogos 2013

Kisah seseorang yg belajar HADITS kepada Abu Darda رضى الله عنه



Katsir bin Qais berkata."suatu ketika aku sedang duduk di majlis Abu Darda di masjid Damsyik.Kemudian datang lah seorang lelaki menghampiri Abu Darda lalu berkata,"Aku datang drpd Madinah Munauwarah .Aku datang disini semata-mata untuk mendengar sebuah hadits daripadamu.Aku dengar engkau mendengar hadits tersebut  langsung daripada RasulAllah.


Abu Darda bertanya kepada lelaki tersebut."Apakah kamu kesini sambil berdagang?"Lelaki itu menjawab,"Tidak."Abu Darda bertanya lagi,"Apakah ada urusan lain sehingga engkau datang kemari?"Jawab lelaki itu,"Tidak ada.Aku datang kemari hanya untuk mengetahui hadits itu.

"Abu Darda berkata,"Aku mendengar RasulAllah bersabda,"Barang siapa pergi menuntunt ilmu,maka Allah memudahkan baginya jalan menuju ke syurga.Para malaikat membentangkan sayapnya kerana reda pada para penuntut ilmu,dan semua makhluk yg hidup dibumi akan memohon keampunan bagi penuntut ilmu hingga ikan-ikan di lautan pun memohonkan ampun baginya.Keutamaan orang alim daripada ahli ibadah adalah seperti perbedaan bulan dan bintang-bintang di langit.Ulama adalah pewaris para Nabi.Para Nabi tidak mewariskan dinar atau dirham,tetapi mewariskan ilmu.Barang siapa mengambilnya(ilmu),maka ia telah memperolehi kekayaan yang tak ternilai(tidak boleh di beli dgn harta).

faedah

Abu Darda adalah seorang sahabat ahli fiqih dan dijuluki Hakimul-Ummah.


Abu Darda bercerita,"Semasa kenabian RasulAllah,, usahaku adalah berdagang.Setelah memeluk Islam,aku ingin menyatukan antara berdagang dan ibadah.Ternyata kedua hal itu tidak dapat disatukan.
Akhirnya perdagangan aku tinggalkan dan sekarang hati tidak lagi peduli dengan nya.Walaupun seandainya aku memiliki kedai dekat pintu masjid,dan aku tidak pernah ketinggalan solat berjemaah dan setiap hari mendapat keuntungan emput puluh dinar,,lalu semua keuntungan itu kusedekahkan,hatiku tetap tidak dapat menerimanya.

Orang ramai bertanya,"Mengapa engkau tidak suka dengan perniagaan seperti itu?Padahal engau tidak tertinggal solat,engkau pun memperoleh keuntungan yang di sedekahkan di jalan Allah,mengapa engkau tidak suka?"Jawab Abu Darda,"Semua itu akan dihisab oleh Allah."Lanjutnya."Aku sangat mencintai mati kerana rindu bertemu Tuanku."Ia juga mencintai kemiskinan agar dapat memiliki sifat tawadhu, dan menyukai sakit kerana dengannya terhapus dosa-dosa.

kiri kiri kiri,
Masjid Saiyyidah Zainab,
Murur,
Mansurah,
Mesir.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan