Jumaat, 23 Disember 2011

Ke arah manakah orang yg bersolat harus melihat?


Allah berfirman : "Kerapkali Kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang2 mengenadah ke langit maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjidil haram (tempat letaknya ka'abah) dan di mana saja kamu berada hadapkanlah mukamu ke arahnya". (al-baqarah:144)

1 - Mazhab Maliki berpendapat : Sesungguhnya orang yang sedang solat harus melihat ke depannya.

2 - jumhur fuqaha' (majoriti fuqaha') berpendapat : Disunatkan pandangannya diarahkan ke tempat sujudnya. Qadhi Syarik berkata : seseorang yg bersolat ketika berdiri melihat tempat sujudnya, ketika  ruku' melihat kedua kakinya, ketika sujud melihat tempat hidungnya dan ketika duduk melihat lututnya.

Al-Qurtubi berkata : Berdasarkan firman Allah "maka palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram" (al-baqarah:144) itu menunjukkan kebenaran apa yang dikatakan oleh imam Malik dan Ulama' yang sependapat dgnnya, bahawa orang sedang solat harus melihat ke depan dan bukan ke tempat sujudnya. (tafsir qurtubi:2/147)

Ibnu Al-Arabi berkata : Diharuskan melihat ke depannya, kerana kalau kepalanya ditundukkan bererti belum berdiri secara penuh sebagaimana yg diwajibkan, sedangkan kepala adalah anggota badan yg utama dan kalau tetap dalam keadaan menegakkan kepala sambil memaksa pandangan ke arah bawah, maka suatu kesulitan yg berat, padahal Allah tidak mewajibkan dlm agama sesuatu yg sulit bagi kita. (ahkam al-quran:1/43)

Tarjih :
Yang benar ialah pendapat yg dikemukakan oleh jumhur (majoriti), kerana orang yg sedang solat apabila melihat ke tempat sujudnya, maka tidak bererti keluar dari kedudukannya dalam menghadap ke arah kiblat. Adapun disunatkannya bersikap demikian (memandang ke tempat sujud) hanya agar tidak sebuk melihat ke mana2 dlm solatnya dan agar lebih khusyu' hatinya.

rujukan:tafsir ayat al-ahkam syeikh as-shobuni, kamus miftah, tafsir pimpinan ar-rahman.

moga ianya manfaat. (kyo kusanagi)
http://www.facebook.com/note.php?note_id=115310081918389

Sabtu, 17 Disember 2011

Air mata menurut pandangan ulama'


Air mata hukumnya suci.

Air mata yang mengalir dari manusia adalah suci ini kerana manusia itu sendiri adalah suci.

Imam Nawawi  berkata : "Apabila telah sabit (tetap) kesucian anak adam baik muslim mahupun kafir, maka peluh, air liur dan air matanya adalah suci sekalipun ianya berhadas, berjunub, datang haid dan sebagainya. Ini telah menjadi ijmak (kesepakatan) para ulama'. (syarah sahih muslim:4/66)

Al-Aini berkata : "Orang mukmin itu tidak najis mereka adalah suci samada  berjunub, berhadas ataupun telah menjadi mayat begitu juga peluh, air liur dan air mata". (u'mdah al-qari:3/339,340)

Muhammad bin al-Hasan (mazhab hanafi) pernah ditanya mengenai kahak dan air mata apabila termasuk ke dalam makanan atau minuman adakah kedua2nya (makanana dan minuman itu) boleh dimakan dan diminum? Beliau menjawab : Ya, selama mana tidak berubah dan menjadi kotor secara tabie. (al-bahrul ar-raaeq:7/210)

Ibnu Qudamah berkata : "Sesuatu yang keluar daripada  manusia ada tiga jenis (pertamanya) peluh, air mata, hingus dan kahaknya maka kesemua itu adalah suci berdasarkan hadith ini : sesungguhnya nabi saw telah melihat kahak yang berada di kiblat masjid, lalu nabi mengadap kepada orang ramai dan bersabda : "Bagaimana pendapat kamu jika seseorang sedang solat menghadap Tuhannya lalu ia meludah kehadapan, adakah kamu suka jika kamu sedang mengadap seseorang tiba2 orang itu meludah muka kamu? Kerana itu jika kamu meludah ketika solat hendaklah meludah di kirinya ataupun di bawah kakinya jika itu tidak mungkin ludahlah ke sapu tanganmu". (HR Abu Hurairah)

*kalau ianya najis pasti nabi saw menegah meludah ke sapu tangan dan di bawah kakinya ketika bersolat dan tidak ada beza samada kahak yang keluar dari kepala ataupun dari dada.

Tangisan Nabi saw.

Ibnu Qayyim berkata : "Adapun tangisan Nabi termasuk dalam sifat ketawanya, baginda tidaklah menangis teresak2 dan tidak pula dengan mengangkat suara sebagaimana sifat baginda yg tidak pernah ketawa terbahak2, akan tetapi baginda menangis dalam keadaan bergenang air mata sehingga mengalir dan dapat pula didengar bunyi menggelegak dalam dada baginda... (zadul ma'ad:1/175)

Menangis ketika membaca Al-Quran.

Ibnu Hajar telah menukilkan perkataan Imam An-Nawawi degan berkata : "Menangis ketika membaca Al-Quran adalah sifat orang2 a'rifin (org2 yg mengenal Allah) dan syiar orang2 soleh berdasarkan firman Allah : "Apabila dibacakan kepada mereka ayat2 (Allah) Ar Rahman, mereka segera sujud serta menangis" (maryam:58)

Dalam ayat yang lain : "Dan mereka menyungkurkan wajah sambil menangis dan mereka bertambah khusyu" (isra:109).


*semoga kita senantiasa diberi petunjuk dalam menelusuri hidup ini...moga bermanfaat.

rujukan:Sawail jismi insan oleh dr. Muhammad Syafie Miftah, Mu'jam alfaz quran, tafsir pimpinan Ar rahman, kamus miftah.. (kyo kusanagi)
http://www.facebook.com/note.php?note_id=115042705278460

Ahad, 11 Disember 2011

Perbezaan antara Qiamulail dan Tahajjud.


Allah berfirman : "Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu, semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu (pada hari akhirat) ditempat yang terpuji". (isra':79)

Qiamulail dan tahajjud ialah solat yang dikerjakan pada waktu malam. Maka setiap solat sunat yang didirikan pada waktu malam dinamakan qiamulail, dan setiap solat sunat yang didirikan selepas bangun daripada tidur dinamakan tahajjud. Secara ringkasnya setiap solat tahajjud adalah qiamulail dan tidak semestinya qiamulail itu adalah tahajjud.

Al-Hajjaj bin Amru berkata : "Adakah kamu menyangka apabila salah seorang daripada kamu mendirikan solat pada waktu malam sehingga subuh ia telah bertahajjud? Sesungguhnya hanya dikatakan tahajjud apabila seseorang itu solat malam selepas dari tidur. Inilah (solat selepas daripada tidur) yang dilakukan oleh Rasulullah saw".(mu'jam kabir3/325)

Sebahagian fuqaha' Syafie dan Maliki mentakrifkan tahajjud seperti berikut : Solat sunat yang didirikan pada waktu malam selepas tidur.

*perbahasan mengenai qiamulail sngat panjang merangkumi perbezaan pendapat ulama' tentang permulaan waktu, waktu yg afdal dan sebagainya perbezaan ini berlaku krn berbezanya pemahaman mereka tentang hadith nabi saw..sy cuma datangkan perbezaan diantara qiamulail dan tahajjud sahaja moga ianya bermanfaat...wallahu a'lam (kyo kusanagi)

rujukan:mawaqit al ibadat az zamaniah wal makaniah oleh dr. nazzar mahmud qasim as syeikh, mu'jam miftah dan tafsir quran al karim.
http://www.facebook.com/note.php?note_id=116491791800218

Isnin, 5 Disember 2011

Adakah suara wanita itu aurat?


Islam mengharamkan apa saja yg dapat menimbulkan fitnah sehingga islam mengharamkan perempuan yg menghentak kakinya ke tanah dgn tujuan supaya gelang kakinya didengar orang untuk membangkitkan syahwat lelaki.

Allah berfirman : "dan janganlah mereka menyentakkan kakinya ke tanah agar supaya diketahui apa yg mereka sembunyikan dari perhiasan mereka"  (an-Nur:31).

1 - Mazhab hanafi menjadikan larangan dlm ayat ini sebagai dalil bahawa : suara perempuan adalah aurat sebab kalau suara gelang kaki saja dilarang maka lebih2 lagi suara perempuan itu sendiri.

Abu Bakar al-Jashash berkata : "ayat di atas menunjukkan bahawa wanita dilarang mengeraskan suara yg sekiranya didengar orang lain. sebab suaranya itu lebih membangkitkan fitnah daripada bunyi gelang kakinya, oleh itu ashab kami (mazhab hanafi) memakhruhkan azan wanita sebab dalam azan diperlukan suara yg keras".(tafsir al-jashash 3/393)

Sebahagian fuqaha' hanafi berpendapat bahawa : nyanyian wanita adalah aurat mereka. Mereka berdalilkan dgn sepotong hadith seperti berikut : suara takbir bagi lelaki dan tepuk bagi perempuan.

2 - mazhab syafie dan lain-lain berpedapat bahawa : suara perempuan bukan aurat. Sebab perempuan boleh berjual beli dan memberi keterangan sebagai saksi di hadapan hakim.

Al-Alusi berkata : "yang tersebut di dalam kitab2 fiqh syafie, dimana aku sendiri cenderung kepada pendapat ini (suara bkn aurat) kecuali kalau dikhuatiri timbulnya fitnah". (ruh al-ma'ani 18/146)

melihat zahirnya pendapat kedua ini bahawa : apabila tidak menimbulkan fitnah maka suara perempuan bukanlah aurat. Sebab isteri2 nabi saw ada yang meriwayat hadith dan mereka juga bercakap2 dengan lelaki sedangkan diantara mereka itu terdapat lelaki yg bukan mahramnya.

Ibnu Kasir berpendapat : perempuan dilarang melakukan tindakan apa saja yg dapat mempengaruhi dan membangkitkan syahwat lelaki dan oleh kerana itu perempuan dilarang memakai wangi-wangian ketika keluar rumah, dalam hal ini nabi bersabda : "setiap pandangan mata adalah zina dan perempuan apabila memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melalui majlis (lelaki) maka ia demikian dan demikian (berzina)".

syeikh as-shobuni berpendapat : sebaiknya kaum lelaki mencegah perempuan2 dari melakukan perkara yg membangkitkan fitnah dan tipu daya seperti memakai pakaian sempit, meninggikan suara, dan memakai wangi-wangian. Firman Allah swt : "maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dan berbicara sehingga bangkit nafsu orang yg ada penyakit dalam hatinya" (al-ahzab:32).

rujukan : tafsir ayat al-ahkam as-shobuni, mu'jam asasi  (kyo kusanagi)..
http://www.facebook.com/note.php?note_id=109408549175209

Demi Allah,,,saya sayang IBU & AYAH!!!!..doakan kami anak2 ibu ayah

 
Pensel : Saya minta maaf.
Pemadam : Utk apa? Awak x buat salah pun.
Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.
Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung x kisah tentangnya kerana saya di...buat utk membetulkan kesilapan yg awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yg saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya benci melihat awak bersedih. :)

Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai pemadam di atas & kita pula sebagai pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yg kita lakukan. Kadang-kala mereka terluka, akan menjadi kecil(tua) & akhirnya hilang(meninggal dunia)

Jagalah ibubapa anda & balaslah jasa mereka dgn kebaikan...

Sabtu, 3 Disember 2011

ampuni saya ya Allah...keinsafan diri


Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari ilahi

Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari tuhan yang esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali

Ku tidak layak kesyurgamu
Namun tak sanggup ke nerakamu
Kutunduk sujud merendah diri
Kembali padamu

Ku tetap setia
Padamu oh tuhanku
Akan ku patuhi segala
Suruhanmu

Akan ku jauhi
Segala laranganmu
Itulah tanda cinta
Cinta ilahi