Rabu, 9 Oktober 2013

kisah seorang lelaki Arab

gambar hiasan kawan arab di mesir dulu.....

Telah dikeluarkan oleh Baihaqi drpd Shaddad bin Al had sesungguhnya seorang lelaki drpd kabilah Arab telah datang menemui RasulAllah...

Maka beliau telah beriman dan mengikuti RasulAllah.Beliau telah berkata kepada RasulAllah : Aku akan berhijrah bersama samamu."Rasul Allah telah berwasiat kepada sahabat sahabatnya supaya melayani lelaki itu dengan baik.

Tatkala berlangsungnya ghuzwah khaibar,RasulAllah telah memberikan sebahagian drpd harta rampasan perang.Baginda juga telah memberi kepada kepada lelaki itu apa yg telah di berikan kepada sahabt2 nya.

Beliau memelihara unta unta mereka ,,apabila beliau dtg harta itu pun di serahkan kepadanya.Beliau bertanya.'Apakah ini.? Sahabat sahabat menjawab."Bahagian harta rampasan yg telah dibahagikan kepada kamu oleh RasulAllah..



Beliau berkata kepada RasulAllah.."Aku bukan lah mengikuti mu kerana yg demikian ini akan tetapi aku mengikuti mu agar aku di panah disini-sambil menunjukkan ke arah kerongkongnya lalu mati-maka aku masuk ke dalam syurga.

"Baginda bersabda :" Sekiranya kamu bercakap benar,Allah akan membenarkan kamu."Kemudian sahabat sahabat pun bangun  untuk memerangi pihak musuh.

Tidak lama kemudian, beliau telah di angkat oleh sahabat sahabt yg lain  kerana kecederaan di panah di bahagian kerongkong sebagaimana yg telah di tunjukkan nya.

Bersabdalah Nabi ."Dia lelaki itu."

sahabat-sahabat menjawab."Ya.

Lalu Nabi  bersabda ,'Benarlah Allah dan Rasul NYA ...Nabi telah kafankannya di dalam jubah Nabi.Kemudian di sembahyangkan.

Antara doa  yg telah di ucapkan oleh RasulAllah adalah ."Wahai Allah.! Ini adalah hambaMu yang telah keluar berhijrah di jalanMU,kemudian di bunuh sebagai syahid dan aku bersaksi keatasnya."

Diriwayat oleh An Nasaaie seumpamanya.Sebagaimana dalam Al Bidayah.Dikeluarkan oleh Al Hakim seumpama dengannya