Rabu, 12 Disember 2012

seseorang mati enggak punya duit,, Allah enggak marah...

perkara yg paling penting,,perkara iman....
iman ini lebih penting drpd duit,lebih penting drpd rumah,kenderaan dan sebagainya
seseorg mati enggak punya duit Allah enggak marah,
mati enggak punya rumah,,Allah enggak marah
tapi kalou mati enggak punya iman bagaimana,,,masalah
harga iman itu sebesar zarah,,
itu Allah hargai juga dengan 10 kali dunia
sahabat bertanya kepada RasullahAllah...
bagaimana kami mahu perbaharui iman kami ya RasulAllah..
jawab Baginda : Perbanyakan percakapan "LAILAHA ILLALLAH"
TIADA TUHAN YG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH!!!!!!


Wahai Manusia..
Jangan Engkau Tertipu Daya
Oleh Dunia Yang Fana
Sebagai Tempat Ujian Bagi Kita

Dunia Sementara
Akhirat Selama-Lamanya
Orang Kaya Mati
Orang Miskin Mati
Raja-Raja Mati
Rakyat Biasa Mati
Semua Pergi Menghadap Ilahi
Dunia Yang Dicari
Tak Ada Yang Berarti

Takkan Dibawa Mati

Isnin, 10 Disember 2012

dan tetamu,akan berpulangan=)

telah bersinar dan bercahaya seminggu di bumi mesir ini dgn kehadiran MATAHARI & BULAN serta di kelilingi 2 bintang kecil he3....



ahlan wasahlan ibu ayah...penat2 drpd jauh dtg semata-mata nak tengok anak2 diorg study mcm mana kat sini...cukup makan minum,,,solat mcm mana..akhlak mcm mana...rumah mcm  mana....
risau je...Dan Alhamdulillah,,ibu ayah dah nampak sendiri keadaan kami di sini he3.....

Alhamdulillah,,ibu ayah dapat jalan2 ke :
Makam Imam Syafiee di Saidina Aisyah Kaherah,
Kubu Salehuddin Al Ayubi,
Masjid dan Makam Saidina Husieen,
Masjid Al Azhar As Syariff
dan yg lama skit???? g shopping la kan he33....buktinya...





tu plastik2 tu he3...
penat ibu nak carikan barang2 untuk kak chik,dikah dan adik atiqah....
so korg kene azam dtg sini sebagaimana ibu ayah dtg dan azam keseluruh dunia,,kerana ummat ini bukan hanya di hantar untuk satu kaum itu sahaja mahu pun sebuah negara,,,tetapi alam kullu...
azam dik!!!!!!he2...

Makam dan Masjid Saidina Hussien...


 

ni pulak kat Masjid Al Azhar...sampai baring2 la org tu..........(wakkob) he3..



 mcm2 jugak ibu ayah dapat drpd musafir ini,,baik buruk,asam garam kehidupan disini banyak mematangkan kehidupan ha2...

kata ibu : benarlah! kemanisan akan lebih dirasakan bila berjaya melalui jalan yg susah...

kata ayah : korg buatlah apa2 usaha untuk berjaya,,kerana usaha korg itu akan menjadi kenangan                     buat diri korg sendiri...ayat puitis je he3...

insyaAllah ibu ayah..akan kami sambut takaza  itu.

di benteng kubu Salahuddin Al Ayubi.
termenung seketika,berdoa agar Allah islahkan diri saya dan ummat nabi ini........ameen




 tempat yg paling Allah suka..rumah daripada rumah-rumah Allah.....
Masjid di kubu Salahuddin Al Ayubi.........
semoga suatu hari nanti Palestin akan di kuasai oleh ummat Islam seperti penguasaan Salahuddin Al ayubi satu masa dahulu..ameen..






detik2 terakhir di teratak syurga ku di mesir ini....terima kasih kepada kawan2 yg dtg ziarah kami dirumah....Amzar,Epol,Abdul Rasyid,Ust SB,ahli rumah aq abg Zoff,,ayah aq panggil Gobb he3.....yg tak jemu2 dgr nasihat dan cerita ayah aq he..Korg memang terbaik....semoga berjaya semua dalam EXAM...dekat dah wei....

satu hari lepas nabi Muhammad makan bersama sahabatnya Abu Bakar dan Umar,dan mereka tidak makan selama 3 hari sebelum itu..maka bersabda nabi: nikmat makan ini pun Allah akan tanya nanti di akhirat... maka Abu Bakar dan Umar bersedih akan hal itu..

mcm mana saya hari ini dalam kenikmatan,kesenangan,,,mampukah saya jawab persoalan Allah tentang nikmat2 yg di kurniakan Allah kpd kita???!!!

moga Allah bantu kita dalam ketaatan kepadanya...ameenn..
 
semoga dalam lindungan Allah- ibu dan ayah-...setiap kita adalah tetamu,dan tetamu akan bepergian..

doakan kami ibu ayah

anakmu,

Murur,Mansurah,Mesir



Isnin, 12 November 2012

Kezuhudan Saidina Umar al khaththab R.a

       
Telah diceritakan kepada kami bahawa pada suatu ketika Umar bin al Khaththab r.a telah sampai di Syam.Makanan pun di sediakan untuknya,iaitu makanan yang belum pernah dilihat olehnya sebelum itu.Melihat makanan itu,ia bertanya," Apakah makanan ini untuk kami?Mana makanan untuk kaum muslimin yang fakir dan yang telah wafat ,sedangkan mereka tidak pernah merasa kenyang dengan roti yang di perbuat daripada barli?"
       
          Mendengar perkataan Umar r.a itu,Umar bin Walid berkata,"Untuk mereka adalah Jannah."

          Kelopak mata Umar r.a pun bergenang dengan air mata setelah mendengar perkataan Umar bin al walid r.a itu,lalu ia berkata,"Jika bahagian keuntungan kita hanya dengan memiliki harta dunia ini sahaja, sedangkan mereka telah pergi meninggalkan dunia ini dengan merperolehi Jannah,sesungguhnya terdapat jarak yang besar di antara kita dan mereka.'(al muntakhab)

           Abdullah bin Umar r.a berkata kepada ayahnya itu,"Ya Amirul Mukminin! Sesungguhnya aku telah pergi ke pasar untuk membeli lemak daging, tetapi ternyata harganya terlalu mahal.Kerana itu aku membeli daging yang biasa dengan harga satu dirham dan membeli lemak daging dengan harga satu dirham.Aku mengharapkan setiap orang  daripada kita akan memperoleh sepotong tulang.'
     

            Umar berkata,"Tidak berkumpul dua benda makanan pada Rasullah saw,melainkan beginda saw akan memakan salah satu daripdanya dan menyedekahkan yang satu lagi.
   
  
          Pernah Saidina Umar r.a bertanya kepada Saidatina Aisyah r.a;"Apakah kamu mengetahui bahawa Rasullah pernah dihidangkan makanan yang diletakkan di atas meja yang dinaikkan sejengkal daripada tanah kemudian baginda saw memerintahkan supaya meja itu dialihkan daripadanya dan sebaliknya memerintahkan makanan itu diletakkan diatas tanah?"
 jawab Saidatina Aisyah,"Ya" 


semua kisah diatas mengatakan,, bahawa nabi dan para sahabat meletakan akhirat adalah tujuan utama mereka mari atas muka bumi ini,,ada pun siapa2 yg mahu ambil dunia,,adalah halal belaka...pakai cantik2,makan sedap2,makan atas meja,,semua itu halal belaka,,,tetapi semua sifat2 baik ini,,zuhud,rendah diri,,berasa cukup atas nikmat yg ada itu lebih memurnikan diri kita ini berbanding kite mengambilnya...

sebab nabi ajar,, bile kite nampak perkara dunia,,contoh rumah besar kereta besar,,maka nabi ajar doa ini,,yg bermaksud..wahai Allah..sesungguhnya tiada kehidupan yg sebenar melainkan kehidupan akhirat....

semoga saya dan semua dapat amal dan sampaikan....Allahumma amienn...

 

Rabu, 17 Oktober 2012

salah saya lah tuan...


   

Mesir,
Hayyu 10,
Masjid Gamek,
Bangun daripada tidur, lepas kene kejut ngan org tanggungjawab masjid.nak  pergi keje kot he3=)
6.00 pagi dalam perjalanan nak ke rumah kawan,, berlaku (satu kejadian)
so lepas berlaku tu,tukar arah tujuan,pergi ke bangunan Selangor.rehat....

 Dalam bilik kawan selepas (satu kejadian) itu...
sahabat : kenapa ni tuan?
saya : baru lepas kene rompak =)
sahabat : Allah..salah saya lah tuan sebab tak buat dakwah,sehingga ummat jadi mcm nie.
saya : dalam hati (Allah2 kene molek la ayat tu kat aq)..he=)

(satu kejadian)
kejadian biasa je..adela  lebih kurang 8 org budak2..umur dalam 15 kot...lepak kat tebing diding tinggi belakang imarah kedah...so daripada jauh tu,,dia dah panggil2 da,,,
ya akhi...ya akhi...
aq buat tak tahu je...
last2 seorg drpd mereka dtg kat aq keluar pistol..he3 mainan kot..
so buat tak tahu lagi,,
tiba2 dtg seorg drpd belakang aq grippp aq,,ha2 lemas2...
apa lagi jerit la..


pencuri222..
so lepas bergelut die amik henset (lampu suluh) aq dan beg aq...
sempat aq cakap kat die..(bahasa arab la sebab org arab he2)
cuba ko tengok dalam beg tu,,hanya ada Al quran.
 Die tengok dan die letak balik..dan blahh...

mujur die tak amik Al quran aq..dtg jauh2 drpd mansurah nak ngaji he3..
ini lah kejadian biasa2 tu...


yang mahal kisah ni,,adalah kata2 ini..

 sahabat : Allah..salah saya lah tuan sebab tak buat dakwah,sehingga ummat jadi mcm nie.




masalah yg saya hadapi :
1)bersepah2 akhowat mansurah jalan malam2 tanpa musyriff daripada  tir'ah sampai ke dirasat..
2)akhowat ke cybercafe malam2 tanpa musyriff..x tahu lah klou budak2 baru...

boleh jadi meraka tidak tahu...banyak kes2 berlaku :
 1) pecah rumah sampai  beribu2 habis..
2)akhowat kene rompak dalam teksi hampai 32 ooo genih..(mujur x lebih dr tu)
3)akhowat kene pegang2 ngan org lain...
 4)hampir2 kene rogol...banyak kot kes tu...tapi tak ramai yg tahu sebab tak heboh...
adik aq pon pernah di ikuri oleh org..Alhamdulillah Allah selamat kan...

kesimpulan-aq pandang kawan2 girl mcm adik2 aq..sebab tu aku nak korg jaga diri..aq mampu doakan drpd jauh...

yang duduk malaysia or mana alam dgn family..dgr lah ckap ibu ayah ,,,klou diorg tak bagi keluar,,,dengar dan taat...
insyaAllah ade kebaikan...x kan bile dah jadi apa2 baru tahu,,ohhh sebab tu ayah x bagi keluar..

yg di mesir,,,jaga diri,,sayg kan diri sendiri..saya yg lelaki dah kena rompak 2 kali...
Alhamdulillah tak luka22..kawan2 ade yg berdarah2 patah kaki...

mcm mana klou yg kene wanita..puteri2 ISLAM...
cubit peha kanan,peha kiri nangis....



salah saya lah tuan,,ummat jadi mcm ni..sebab main2 buat usaha agama.!!.....
motif-bangkit



Sabtu, 6 Oktober 2012

bantu kami ya Allah...



Pengakuan tentera Israel jika jemaah solat subuh seramai solat jumaat, kami akan musnah

Israel Hancur Jika Jemaah Solat Subuh  Seramai Solat Jumaat.Seorang ulama besar,Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman dakwahnya ketika pergi dakwah di Jordania.Ketika di Jordania beliau pergi ke daerah perbatasan Jordania-Israel.Sampai di daerah perbatasan ,ketika rombongan  Syaikh Tariq Jamil selesai solat subuh di salah satu masjid di perbatasan,setelah melihat sebentar,lalu tentera Israel itu langsung pergi.Maka Syaikh menghampiri tentera Israel itu dan bertanya apa yang dia lakukan tadi.

 Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang ISLAM YANG HADIR SOLAT SUBUH DI MASJID,”kata tentera Israel itu.Syaikh Tariq Jamil kehairanan bertanya “kenapa”?Dia pun menjawab “di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis “Jika di seluruh dunia jumlah  orang islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah bilangan solat jumaat,maka saat itu Israel akan hancur.”tetapi ketika tadi saya lihat di masjid,jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit,maka hati saya tenang ,kerana umat Islam pasti tidak bisa kalah kan kami..”Mendengar perbicaraan ini Syaikh Tariq sangat kehairanan.
Seperti mana sudah tahu bahawa solat subuh adalah solat yg  paling sulit di tunaikan,kerana subuh adalah saat paling gelap,dingin dan saat orang sedang tidur.Bila mana solat subuh boleh di tunaikan maka solat lain pasti akan mudah di tunaikan.

Sebahagian besar umat Islam tidak mengetahui pengakuan  tentera Israel ini ,bahawasanya Israel akan hancur jika jemaah solat subuhnya umat Islam yang hadir seraai solat jumaat.
Orang yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya umat Islam bisa meninggalkan solat 5 waktunya.Kerana orang yahudi faham bila mana Orang Islam meninggalkan solat fardunya maka Allah SWT pasti tidak akan menolong umat Islam.Sehingga semua usaha umat Islam untuk membela Palestin selalu mengalami kegagalan.

Nota:Memang tidak dinafikan lagi Solat Subuh ini memang sukar dilakukan kerana kita sedah asyik dengan mimpi kita sendiri dan memang sukar nak bangun untuk menunaikan solat subuh.Dengan kisah di atas tadi,adakah saya dan kita semua masih tidak sedar lagi wahai para saudaraku sekalian.Mari kita sama-sama berusaha untuk bangun subuh demi tegaknya agama dalam diri kita.Tekatkan azam dalam diri kit a semua…




Kelebihan Solat Subuh Berjemaah 

1-    1-MENDAPAT PAHALA SEPERTI MENGHIDUPKAN MALAM KESELURUHANNYA

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
(( مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَهُوَ كَمَنْ قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ ، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَهُوَ كَمَنْ قَامَ اللَّيْلَ كُلَّهُ )) .
[ مسلم ]

Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya nabi s.a.w bersabda:
“ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam.
[ HR Imam Muslim]

2- MENDAPAT PERLINDUNGAN ALLAH

فَعَنْ جُنْدَبِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
(( مَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللَّهِ.
[ البخاري ]

Daripada Jundub bin Abdullah berkata: Bersabda rasul s.a.w
“ Sesiapa yang menunaikan solat subuh, maka dia berada dalam perlindungan Allah.
.
3-MALAIKAT AKAN MENJAGANYA SEPANJANG HARI

عن رجل صحب النبى صلى الله عليه و سلم قال : بلغنى ان الملك يغدوا برايتة مع اول غاد الى المسجد فيظل معه حتى يصلى ثم 
يخرج معه حتى يدخل بها الى منزله و بلغنى ان الشيطان يغدوا برايتة الى اول غاد الى السوق فيظل معه حتى منزله
 
Dari seorang lelaki yang menemani nabi s.a.w berkata, sampai kepadaku bahawa malaikat berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang pertama ke masjid, malaikat akan bersama dengannya sehingga dia solat, kumudian akan keluar bersamanya sehinggalah dia masuk ke rumahnya, dan sampai juga kepadaku bahawa syaitan berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang pertama ke pasar dan akan bersama dengannya sehingga ke rumah.
Hadith ini disebut oleh al-Munziriyy dalam al-Targhib wa al-Tarhib

4- Orang yang melakukan solat subuh secara berjemaah malaikat akan berkumpul dengannya dan mendoakannya
قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : يتعاقبون فيكم ملائكة بالليل و ملائكة بالنهار و يجتمعون فى صلاة الفجر و صلاة العصر فيعرجون فيسألهم الله و هو اعلم كيف تركتم عبادى : يقولون تركناهم و هم يصلون و اتيناهم و هم يصلون فأغفر لهم يوم الدين (متفق عليه)
 
Bersabda rasul s.a.w:Para malaikat malam bertukar dengan malaikat siang dan mereka berhimpun pada waktu solat subuh dan solat Asar, mereka kemudian naik ke langit Allah bertanya kepada mereka dan Dia lebih mengetahui. ” Bagaimana kamu tinggalkan hamba-ku?”
Para malaikat menjawab: Kami tinggalkan mereka dalam keadaan menunaikan solat dan kami bertemu dengan mereka juga dalam keadaan menunaikan solat, ampunkanlah mereka pada hari pembalasan. ”Hadith Muttafaqun ’Alayhi
.
 5- Orang yang melakukan solat subuh berjemaah berpeluang untuk mendapat pahala haji dan umrah setiap hari

عن أنس رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من صلى الفجر في جماعة، ثم قعد يذكر الله تعالى حتى تطلع الشمس، ثم صلى ركعتين، كانت له كأجر حجة وعمرة تامة تامة تامة
 
Diriwayatkan daripada Anas R.anhu katanya: Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, kemudian dia duduk mengingati Allah sehingga terbit matahari, kemudian dia mengerjakan solat sebanyak dua rakaat, dia akan mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah, sempurna. Sempurna. sempurna .
.
6- Allah menjanjikan orang yang menjga solat subuh berjemaah untuk dimasukkan ke syurga

حديث أبي موسي(رضي الله عنه
(( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من صلى البردين دخل الجنة ))
 
“Sesiapa yang melakukan dua solat yang sejuk secara berjemaah akan memasuki syurga.”
Dua solat yang sejuk ialah solat subuh dan asar
 
7- Allah s.w.t tidak akan memasukkannya ke dalam neraka

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : لم يلج النار أحد صلى قبل طلوع الشمس و قبل غروبها رواه مسلم
 
Sabda rasul s.a.w : Tidak akan masuk neraka seorang yang menunaikan solat sebelum terbit matahari dan sebelum tenggelam.

8- SELAMAT DARI SIFAT MUNAFIQ

من حافظ على صلاة الفجر فى جماعة فقد (( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : ان اثقل صلاة على المنافقين صلاة الفجر و صلاة العشاء )) . و فى رواية (( ما يشهدهما منافق
Sabda rasul s.a.w:
“ Sesungguhnya solat yang paling berat ke atas orang munafiq ialah solat subuh dan solat Isyak dan dalam riwayat yang lain: Solat subuh dan isyak tidak dihadiri oleh orang munafiq

     9- Allah swt memberikan kepada cahaya dalam kegelapan hari Qiamat
 
(( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : بشر المشائين فى الظلم الى المساجد بالنور التام يوم القيامة ))
Sabda rasul s.a.w:
“ Bergembirah orang yang berjalan dalam gelap untuk ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.”
Solat yang gelap ialah solat Isyak dan subuh