Mendengar perkataan Umar r.a itu,Umar bin Walid berkata,"Untuk mereka adalah Jannah."
Kelopak mata Umar r.a pun bergenang dengan air mata setelah mendengar perkataan Umar bin al walid r.a itu,lalu ia berkata,"Jika bahagian keuntungan kita hanya dengan memiliki harta dunia ini sahaja, sedangkan mereka telah pergi meninggalkan dunia ini dengan merperolehi Jannah,sesungguhnya terdapat jarak yang besar di antara kita dan mereka.'(al muntakhab)
Abdullah bin Umar r.a berkata kepada ayahnya itu,"Ya Amirul Mukminin! Sesungguhnya aku telah pergi ke pasar untuk membeli lemak daging, tetapi ternyata harganya terlalu mahal.Kerana itu aku membeli daging yang biasa dengan harga satu dirham dan membeli lemak daging dengan harga satu dirham.Aku mengharapkan setiap orang daripada kita akan memperoleh sepotong tulang.'
Umar berkata,"Tidak berkumpul dua benda makanan pada Rasullah saw,melainkan beginda saw akan memakan salah satu daripdanya dan menyedekahkan yang satu lagi.
Pernah Saidina Umar r.a bertanya kepada Saidatina Aisyah r.a;"Apakah kamu mengetahui bahawa Rasullah pernah dihidangkan makanan yang diletakkan di atas meja yang dinaikkan sejengkal daripada tanah kemudian baginda saw memerintahkan supaya meja itu dialihkan daripadanya dan sebaliknya memerintahkan makanan itu diletakkan diatas tanah?"
jawab Saidatina Aisyah,"Ya"
semua kisah diatas mengatakan,, bahawa nabi dan para sahabat meletakan akhirat adalah tujuan utama mereka mari atas muka bumi ini,,ada pun siapa2 yg mahu ambil dunia,,adalah halal belaka...pakai cantik2,makan sedap2,makan atas meja,,semua itu halal belaka,,,tetapi semua sifat2 baik ini,,zuhud,rendah diri,,berasa cukup atas nikmat yg ada itu lebih memurnikan diri kita ini berbanding kite mengambilnya...
semoga saya dan semua dapat amal dan sampaikan....Allahumma amienn...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan