Sabtu, 15 Januari 2011

سألتنى أمى -وهي زمنه مقعدة-أن تدعولها



سألتنى أمى -وهي زمنه مقعدة-أن تدعولها
 Daripada Al Abbas Ibn Muhammad Ad Duri telah berkata: Sesungguhnya ibuku  telah mengalami lumpuh selama 20 tahun.

Maka pada suatu hari  ibuku  telah berkata  kepada ku:
"Pergilah kau ke rumah Imam Ahmad Ibn Hanbal dan mintalah supaya dia mendoakan aku sembuh daripada kesakitanku selama ini".

Maka aku telah pergi ke rumah Imam Ahmad Ibn  Hambal dan mengetuk pintu rumahnya.Pada ketika itu,Imam Ahmad  sedang berada di ruang tamu rumahnya.Tetapi beliau tidak membuka pintu rumahnya untuk aku masuk kedalam.

Lalu Imam Ahmad berkata:"Siapa diluar"???
                
                    Aku menjawab:"Saya seorang lelaki daripada ahli jiran  rumah kamu.Ibuku menyuruhku pergi ke rumah kamu untuk memintamu mendoakannya supaya sembuh daripada kesakitannya selama ini.

 Maka aku telah mendengar kalamnya.Kalamnya seperti seorang lelaki yang sedang marah dan berkata:"Bahkan akulah yang berhajat pada doa ibu mu."


                 Maka aku  bersedih setelah mendengar kalam itu.Tiba-tiba keluar seorang perempuan tua daripada rumah jiran sebelah dan berkata:"Engkaukah yang berkata tadi kepada Imam Ahmad??
Aku menjawab:"Ya.Lalu perempuan itu  berkata:"Aku juga sepertimu yang meninggalkan rumahnya dan dia menyuruh aku yang mendoakn dia.

Maka aku pulang ke rumah dan mengetuk pintu rumahku.Maka ibuku telah berjalan menggunakan kakinya  sehingga dapat mebuka pintu rumahku.Dan dia berkata:"Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kepadaku kesihatan ini.

Sebenarnya ketika pemuda itu pulang  kerumahnya dalam keadaan  sedih.Imam Ahmad ibn Hambal telah mengangkat tangan memohon doa kepada Allah dengan penuh "tawajuh" agar Allah mengabulkan permintaan ibu tua tadi.

Lalu Allah telah menerima permintaan hambanya yang soleh ini sebelum pemuda tadi sampai kerumahnya.Imam  Ahmad merupakan seorang yang sangat soleh dan alim.Tetapi dia seorang yang sangat "tawaduk" merendah diri kepada orang lain.Buktinya dia menyuruh orang yang meminta doanya untuk mendoakan dirinya.

Beliau juga merupakan orang yang alim dalam ilmu hadith dengan kitabnya "Musnat Imam Ahmad Hanbal.Justeru itu,Imam Ahmad juga merupakan imam kepada mazhab Hanbali.
Disini kita melihat para ulama sangat menjaga diri dalam perhubungan sesama manusia supaya semakin merendah diri walaupun mempunyai ketinggian ilmu yang  tidak dapat di ukur.

Semoga kita semua dapat mencontohi Para alim ulama dan menyanyanginya lebih-lebih lagi menjauhi daripada menghina dan mengkeji para ulama.Kerana diantara manusia sezaman kita ini,,hanyalah orang  yang paling kenal dan rapat dengan Allah ialah Para alim ulama.

Cintailah para ulama,kerana dia adalah pewaris nabi.Sesiapa yang memuliakannya.Sesungguhnya pasti Allah dan Rasul akan memuliakannya!


مع أولياء الله الصالحين قصص ومواقف وكرامات
 تأليف
الشيخ نور الدين مربو البنجرى المكى