Jumaat, 23 Disember 2011

Ke arah manakah orang yg bersolat harus melihat?


Allah berfirman : "Kerapkali Kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang2 mengenadah ke langit maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjidil haram (tempat letaknya ka'abah) dan di mana saja kamu berada hadapkanlah mukamu ke arahnya". (al-baqarah:144)

1 - Mazhab Maliki berpendapat : Sesungguhnya orang yang sedang solat harus melihat ke depannya.

2 - jumhur fuqaha' (majoriti fuqaha') berpendapat : Disunatkan pandangannya diarahkan ke tempat sujudnya. Qadhi Syarik berkata : seseorang yg bersolat ketika berdiri melihat tempat sujudnya, ketika  ruku' melihat kedua kakinya, ketika sujud melihat tempat hidungnya dan ketika duduk melihat lututnya.

Al-Qurtubi berkata : Berdasarkan firman Allah "maka palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram" (al-baqarah:144) itu menunjukkan kebenaran apa yang dikatakan oleh imam Malik dan Ulama' yang sependapat dgnnya, bahawa orang sedang solat harus melihat ke depan dan bukan ke tempat sujudnya. (tafsir qurtubi:2/147)

Ibnu Al-Arabi berkata : Diharuskan melihat ke depannya, kerana kalau kepalanya ditundukkan bererti belum berdiri secara penuh sebagaimana yg diwajibkan, sedangkan kepala adalah anggota badan yg utama dan kalau tetap dalam keadaan menegakkan kepala sambil memaksa pandangan ke arah bawah, maka suatu kesulitan yg berat, padahal Allah tidak mewajibkan dlm agama sesuatu yg sulit bagi kita. (ahkam al-quran:1/43)

Tarjih :
Yang benar ialah pendapat yg dikemukakan oleh jumhur (majoriti), kerana orang yg sedang solat apabila melihat ke tempat sujudnya, maka tidak bererti keluar dari kedudukannya dalam menghadap ke arah kiblat. Adapun disunatkannya bersikap demikian (memandang ke tempat sujud) hanya agar tidak sebuk melihat ke mana2 dlm solatnya dan agar lebih khusyu' hatinya.

rujukan:tafsir ayat al-ahkam syeikh as-shobuni, kamus miftah, tafsir pimpinan ar-rahman.

moga ianya manfaat. (kyo kusanagi)
http://www.facebook.com/note.php?note_id=115310081918389

Tiada ulasan:

Catat Ulasan