Nabi menggalakkan orang yang "berjual beli" bahawa ia beruntung dengan sebab membaca Al quran.
Imam Thabrani mengeluarkan hadits daripada Abu Umamah.Sesunguhnya
seorang lelaki datang kepada RasulAllah dan berkata."ya RasulAllah! Saya
membeli harta rampasan milik Bani fulan dan saya mendapat keuntungan
sekian.
Nabi bersabda,"Ingat ! Aku akan beritahu kamu sesuatu yang lebih banyak keuntungan sekian." "Apa itu?"tanya lelaki itu. RasulAllah menjawab,"Seseorang yang belajar 10 ayat daripada Al quran." Maka lelaki tersebut pergi dan belajar 10 ayat kemudian mendatangi Nabi dan menghabarkannya.=)))
Abi Musa membacakan Al quran kepada orang-orang dan RasulAllah pun ikut mendengarkannya.
Abu Ya'la mengeluarkan hadits daripada Saidina Anas.Ia berkata : Abu
Musa duduk di rumahnya dan ketika orang-orang berkumpul menggerumuninya
maka ia pun memulai membacakan Al quran kepada mereka.
Seorang lelaki menemui RasulAllah dan berkata,"ya RasulAllah!
Saya akan membuat tuan kagum terhadap apa yang telah diperbuat Abu
Musa.Ia duduk dan ketika orang-orang berkumpul menggerumuni maka ia
mula membaca Al quran.
RasulAllah bersabda : "Bolehkan kamu
duduk dan menyembunyikan ku sehingga tidak ada seorang pun daripada
mereka yang melihatku?"
"Baiklah,"jawabku.
Maka
RasulAllah keluar dan seorang lelaki tadi duduk menutupi Nabi sehingga
beliau tidak terlihat oleh sesiapa pun kemudian beliau mendengar bacaan
Abu Musa dan bersabda ,"Sungguh ia membaca seperti alunan bacaannya Nabi
Daud
Tiada ulasan:
Catat Ulasan