Pengakuan tentera Israel jika jemaah solat subuh seramai
solat jumaat, kami akan musnah
Israel Hancur Jika Jemaah Solat Subuh Seramai Solat Jumaat.Seorang ulama besar,Syaikh
Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman dakwahnya ketika pergi dakwah di Jordania.Ketika
di Jordania beliau pergi ke daerah perbatasan Jordania-Israel.Sampai di daerah
perbatasan ,ketika rombongan Syaikh
Tariq Jamil selesai solat subuh di salah satu masjid di perbatasan,setelah
melihat sebentar,lalu tentera Israel itu langsung pergi.Maka Syaikh menghampiri
tentera Israel itu dan bertanya apa yang dia lakukan tadi.

Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang ISLAM YANG
HADIR SOLAT SUBUH DI MASJID,”kata tentera Israel itu.Syaikh Tariq Jamil
kehairanan bertanya “kenapa”?Dia pun menjawab “di dalam kitab kami (Kitab
Taurat) ada tertulis “Jika di seluruh dunia jumlah orang islam yang hadir untuk solat subuh
berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah bilangan solat jumaat,maka saat
itu Israel akan hancur.”tetapi ketika tadi saya lihat di masjid,jumlah
orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit,maka hati
saya tenang ,kerana umat Islam pasti tidak bisa kalah kan kami..”Mendengar
perbicaraan ini Syaikh Tariq sangat kehairanan.
Seperti mana sudah tahu bahawa solat subuh adalah solat
yg paling sulit di tunaikan,kerana subuh
adalah saat paling gelap,dingin dan saat orang sedang tidur.Bila mana solat
subuh boleh di tunaikan maka solat lain pasti akan mudah di tunaikan.
Sebahagian besar umat Islam tidak mengetahui pengakuan tentera Israel ini ,bahawasanya Israel akan
hancur jika jemaah solat subuhnya umat Islam yang hadir seraai solat jumaat.
Orang yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya
umat Islam bisa meninggalkan solat 5 waktunya.Kerana orang yahudi faham
bila mana Orang Islam meninggalkan solat fardunya maka Allah SWT pasti tidak
akan menolong umat Islam.Sehingga semua usaha umat Islam untuk membela Palestin
selalu mengalami kegagalan.
Nota:Memang tidak dinafikan lagi Solat Subuh ini memang
sukar dilakukan kerana kita sedah asyik dengan mimpi kita sendiri dan memang
sukar nak bangun untuk menunaikan solat subuh.Dengan kisah di atas tadi,adakah
saya dan kita semua masih tidak sedar lagi wahai para saudaraku sekalian.Mari
kita sama-sama berusaha untuk bangun subuh demi tegaknya agama dalam diri
kita.Tekatkan azam dalam diri kit a semua…
Kelebihan
Solat Subuh Berjemaah
1-
1-MENDAPAT
PAHALA SEPERTI MENGHIDUPKAN MALAM KESELURUHANNYA
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
(( مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَهُوَ كَمَنْ
قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ ، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَهُوَ كَمَنْ
قَامَ اللَّيْلَ كُلَّهُ )) .
[ مسلم
]
Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya nabi s.a.w bersabda:
“ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah
bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat
pahala bangun sepenuh malam.
[ HR Imam Muslim]
2- MENDAPAT PERLINDUNGAN ALLAH
فَعَنْ جُنْدَبِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ : قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
(( مَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللَّهِ.
[ البخاري
]
Daripada Jundub bin Abdullah berkata: Bersabda rasul s.a.w
“ Sesiapa yang menunaikan solat subuh, maka dia berada dalam perlindungan
Allah.
.
3-MALAIKAT AKAN MENJAGANYA SEPANJANG HARI
عن رجل صحب النبى صلى الله عليه و سلم قال : بلغنى ان
الملك يغدوا برايتة مع اول غاد الى المسجد فيظل معه حتى يصلى ثم
يخرج معه حتى يدخل
بها الى منزله و بلغنى ان الشيطان يغدوا برايتة الى اول غاد الى السوق فيظل معه
حتى منزله
Dari seorang lelaki yang menemani nabi s.a.w berkata, sampai kepadaku bahawa
malaikat berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang pertama ke masjid,
malaikat akan bersama dengannya sehingga dia solat, kumudian akan keluar
bersamanya sehinggalah dia masuk ke rumahnya, dan sampai juga kepadaku bahawa
syaitan berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang pertama ke pasar dan
akan bersama dengannya sehingga ke rumah.
Hadith ini disebut oleh al-Munziriyy dalam al-Targhib wa al-Tarhib
4- Orang yang melakukan solat subuh secara berjemaah malaikat akan berkumpul
dengannya dan mendoakannya
قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : يتعاقبون فيكم
ملائكة بالليل و ملائكة بالنهار و يجتمعون فى صلاة الفجر و صلاة العصر فيعرجون
فيسألهم الله و هو اعلم كيف تركتم عبادى : يقولون تركناهم و هم يصلون و اتيناهم و
هم يصلون فأغفر لهم يوم الدين (متفق عليه)
Bersabda rasul s.a.w:Para malaikat malam bertukar dengan malaikat siang dan
mereka berhimpun pada waktu solat subuh dan solat Asar, mereka kemudian naik ke
langit Allah bertanya kepada mereka dan Dia lebih mengetahui. ” Bagaimana kamu
tinggalkan hamba-ku?”
Para malaikat menjawab: Kami tinggalkan mereka dalam keadaan menunaikan solat
dan kami bertemu dengan mereka juga dalam keadaan menunaikan solat, ampunkanlah
mereka pada hari pembalasan. ”Hadith Muttafaqun ’Alayhi
.
5-
Orang yang melakukan solat subuh berjemaah berpeluang untuk mendapat pahala
haji dan umrah setiap hari
عن أنس رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
من صلى الفجر في جماعة، ثم قعد يذكر الله تعالى حتى تطلع الشمس، ثم صلى ركعتين،
كانت له كأجر حجة وعمرة تامة تامة تامة
Diriwayatkan daripada Anas R.anhu katanya: Sesiapa yang solat subuh secara
berjemaah, kemudian dia duduk mengingati Allah sehingga terbit matahari,
kemudian dia mengerjakan solat sebanyak dua rakaat, dia akan mendapat pahala
seperti pahala haji dan umrah, sempurna. Sempurna. sempurna .
.
6- Allah menjanjikan orang yang menjga solat subuh berjemaah untuk dimasukkan
ke syurga
حديث أبي موسي(رضي الله عنه
(( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من صلى البردين
دخل الجنة ))
“Sesiapa yang melakukan dua solat yang sejuk secara berjemaah akan memasuki
syurga.”
Dua solat yang sejuk ialah solat subuh dan asar
7- Allah s.w.t tidak akan memasukkannya ke dalam neraka
قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : لم يلج النار أحد
صلى قبل طلوع الشمس و قبل غروبها رواه مسلم
Sabda rasul s.a.w : Tidak akan masuk neraka seorang yang menunaikan solat
sebelum terbit matahari dan sebelum tenggelam.
8-
SELAMAT DARI SIFAT MUNAFIQ
من حافظ على صلاة الفجر فى جماعة فقد (( قال رسول الله
صلى الله عليه و سلم : ان اثقل صلاة على المنافقين صلاة الفجر و صلاة العشاء )) . و
فى رواية (( ما يشهدهما منافق
Sabda rasul s.a.w:
“ Sesungguhnya solat yang paling berat ke atas orang munafiq ialah solat subuh
dan solat Isyak dan dalam riwayat yang lain: Solat subuh dan isyak tidak
dihadiri oleh orang munafiq
9-
Allah swt memberikan kepada cahaya dalam kegelapan hari Qiamat
(( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : بشر المشائين فى
الظلم الى المساجد بالنور التام يوم القيامة ))
Sabda rasul s.a.w:
“ Bergembirah orang yang berjalan dalam gelap untuk ke masjid dengan cahaya
yang sempurna pada hari kiamat.”
Solat yang gelap ialah solat Isyak dan subuh