Ahad, 15 April 2012

dalam sunnah pasti ada kejayaan!!!

عن علي رضى الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه واله وسلم: ما من مسلم يعود مسلما غدوة إلا صلى عليه سبعون ألف ملك حتى يمسي, وإن عاده عشية إلا صلى عليه سبعون ألف ملك حتى يصبح وكان له خريف في الجنة 

Dari Ali R.A meriwayatkan,aku mendengar Rasulllah SAW bersabda: Tidaklah seorang muslim mengunjungi seorang muslim yang sakit diwaktu pagi kecuali 70000 malaikat berdoa memohon rahmat keatasnya sehingga ke petang, atau berkunjung kepadanya diwaktu petang ,melainkan 70000 malaikat berdoa keatasnya sehingga pagi dan dia mendapat sebuah kebun buah-buahan dalam syurga.(HR Tirmizi)

Khamis, 22 Mac 2012

Ayah yang disenangi,ibu yang di hormati,adik yang di rindui!


 
beraninye adik abg nie,,abg nak naik pon tunggu lepas semua naik
cayya la adik atiqah@G
tunggu abg balik nanti,,
abg bawak adik terbang hehhe
mimpi2 indah...

kepada Ayah yg di sayangi,
doakan  kami stdy kat sini,
exam dah dekat dah
doakan yerk ayah!

kepada ibu yg di cintai,
jangan pernah berhenti mendidik kami
doakan kami ibu!
terima kasih ayah ibu

ahwal ummat....

بسم الله الرحمن الرحيم 

Dalam satu jaulah kami di perkampungan "HASO HISON" satu nama kampung di negara Sudan.Kami telah berjumpa seorang pemuda kristian.Setelah kami mulakan dengan salam kerana kami tidak tahu dia seorang kristian pada mulanya,,maka pemuda itu jawab seperti biasa lagi pula di pergelangan pemuda itu di lilit dengan tasbih.Maka kami terus berkenalan nama kami dan terus kepada fadilah ziarah dengan sepotong  hadis di sebut dan beberapa potong ayat Al quran.Dan setelah itu,, kami terus ajak pemuda itu ke Masjid kerana ketika itu didalam masjid taklim sedang berjalan.Maka pemuda itu mengatakan bahawa dia seorang kristian.Terkejut juga pada mulanya.Tapi Mutakallim bijak lantas bersahaja mengajak ke masjid dan mengatakan tidak jadi masalah kepada orang yang bukan Islam untuk masuk ke masjid.Lalu pemuda itu bercakap yang dia tidak pernah masuk ke masjid dan bertanya boleh ke dia masuk ke masjid dan adakah boleh orang Islam masuk ke gereja.Maka kami jawab tidak ada masalah sekiranya selain orang Islam  untuk masuk ke dalam masjid dan tidak ada masalah sekiranya orang Islam masuk ke dalam gereja.Maka pemuda itu tidak mahu masuk ke masjid kerana tidak pernah masuk.Kami mengajak pemuda itu untuk masuk untuk berkenalan sahaja.Akan tetapi pemuda itu meminta izin untuk pergi kerana ada urusan lain.Maka kami berpisah dengan memohon “Istig’far” atas kekurangan kami dalam berdakwah.

Baginda nabi sentiasa berfikir dan runsing pada ummatnya bagaimana semua bayi2 yang akan lahir daripada perut ibu2 dapat kenal Allah dan Agama.Dan bagaimana hari ini semua manusia dapat fikir seperti Baginda NABI MUHAMMAD.Kita pemuda ISLAM bila lihat pemuda bukan Islam berasa sedih…kerana masih belum sampai agama dalam hidup mereka..

Suatu ketika lalu seorang mayat kafir di sebelah nabi untuk di tanam di pekuburan meraka,maka Nabi Muhammad telah menangis teresak-esak.Maka seorang sahabat telah bertanya,kenapa kamu menangis sedangkan dia orang kafir.Maka jawab Baginda NABI maksudnya:sesungguhnya mayat itu telah terlepas daripadaku kerana agama masih tidak sampai padanya dan dia akan masuk dalam neraka buat selama-lamanya.Sayangnya nabi pada ummat ini…

اللهم اهدنا واهدبنا وجعلنا سببا وسبيلا لمن اهتدى


Rabu, 4 Januari 2012

cinta=)

 
Ini bukan cerita cinta biasa.....!!!!
Saat aku rasa dunia tidak menyebelahiku
Buntu kemana hendak lari untuk sembunyi
BAHAGIA sebenarnya dimana....????
Sorang kawan aku cakap
... hidop ini BAHAGIA bila kita tip-top dalam study
nanty ramai yang suke kita...
TAPI.....!!!
Kenapa aku tengok dye seorg diri.....

Kawan lain pula ckp
Hidup ini BAHAGIA bila kita ramai kawan
Lagi-lagi ade yang istimewa
Korang pernah rasa tak...???
BAHAGIA ke erk..............???
Tapi .....!!!
Kenapa aku selalu nampak dye nangis..??

Orang ramai cakap kat aku pula
Hidup ini BAHAGIA bila kita buat ape yg kite suka
Dengar lagu,,main bola,,melepak on9 masa pon terisi
TAPI.....!!!
Kenapa mereka tetap mengeluh bosan.....
Betol ke hidup cuma sekadar ini......???

(ALLAH berfirman)
Aku tidak akan menjadikan jin dan manusia melainkan agar
Mereka beribadah kepadaKU dan kehidupan dunia ini hanya
Permainan dan senda gurau.....

Terkaku saat ku tahu hidup ini bukan sekadar "HIDUP"
Cinta yang dikurniakan bukan cuma untuk ku
Harta ini juga bukan sepenuhnye milikku
Malah hati ini juga sekadar pinjaman sahaja
Hati ini hidup kerana ALLAH
Tunduk mengharap hanya padaNYA

Sungguh SOLAT ku........
Sungguh IBADAH ku.......
Sungguh HIDUP ku.........
Sungguh MATI ku..........
Hanya untuk DYA...........

Persoalanku sudah terjawab
Semuanya berbalik pada ALLAH
Hati puas bila tahu saat berpaut itu hanya pada ALLAH
Hidup indah tidak keseorangan bila sedar ALLAH sentiasa menemani
Jiwa merasa ckup bila ALLAH memujuk bila ALLAH berjanji
Kerana aku tahu cerita cinta aku bukanla cerita cinta biasa

BENARLAH dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang... :)

Jumaat, 23 Disember 2011

Ke arah manakah orang yg bersolat harus melihat?


Allah berfirman : "Kerapkali Kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang2 mengenadah ke langit maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjidil haram (tempat letaknya ka'abah) dan di mana saja kamu berada hadapkanlah mukamu ke arahnya". (al-baqarah:144)

1 - Mazhab Maliki berpendapat : Sesungguhnya orang yang sedang solat harus melihat ke depannya.

2 - jumhur fuqaha' (majoriti fuqaha') berpendapat : Disunatkan pandangannya diarahkan ke tempat sujudnya. Qadhi Syarik berkata : seseorang yg bersolat ketika berdiri melihat tempat sujudnya, ketika  ruku' melihat kedua kakinya, ketika sujud melihat tempat hidungnya dan ketika duduk melihat lututnya.

Al-Qurtubi berkata : Berdasarkan firman Allah "maka palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram" (al-baqarah:144) itu menunjukkan kebenaran apa yang dikatakan oleh imam Malik dan Ulama' yang sependapat dgnnya, bahawa orang sedang solat harus melihat ke depan dan bukan ke tempat sujudnya. (tafsir qurtubi:2/147)

Ibnu Al-Arabi berkata : Diharuskan melihat ke depannya, kerana kalau kepalanya ditundukkan bererti belum berdiri secara penuh sebagaimana yg diwajibkan, sedangkan kepala adalah anggota badan yg utama dan kalau tetap dalam keadaan menegakkan kepala sambil memaksa pandangan ke arah bawah, maka suatu kesulitan yg berat, padahal Allah tidak mewajibkan dlm agama sesuatu yg sulit bagi kita. (ahkam al-quran:1/43)

Tarjih :
Yang benar ialah pendapat yg dikemukakan oleh jumhur (majoriti), kerana orang yg sedang solat apabila melihat ke tempat sujudnya, maka tidak bererti keluar dari kedudukannya dalam menghadap ke arah kiblat. Adapun disunatkannya bersikap demikian (memandang ke tempat sujud) hanya agar tidak sebuk melihat ke mana2 dlm solatnya dan agar lebih khusyu' hatinya.

rujukan:tafsir ayat al-ahkam syeikh as-shobuni, kamus miftah, tafsir pimpinan ar-rahman.

moga ianya manfaat. (kyo kusanagi)
http://www.facebook.com/note.php?note_id=115310081918389

Sabtu, 17 Disember 2011

Air mata menurut pandangan ulama'


Air mata hukumnya suci.

Air mata yang mengalir dari manusia adalah suci ini kerana manusia itu sendiri adalah suci.

Imam Nawawi  berkata : "Apabila telah sabit (tetap) kesucian anak adam baik muslim mahupun kafir, maka peluh, air liur dan air matanya adalah suci sekalipun ianya berhadas, berjunub, datang haid dan sebagainya. Ini telah menjadi ijmak (kesepakatan) para ulama'. (syarah sahih muslim:4/66)

Al-Aini berkata : "Orang mukmin itu tidak najis mereka adalah suci samada  berjunub, berhadas ataupun telah menjadi mayat begitu juga peluh, air liur dan air mata". (u'mdah al-qari:3/339,340)

Muhammad bin al-Hasan (mazhab hanafi) pernah ditanya mengenai kahak dan air mata apabila termasuk ke dalam makanan atau minuman adakah kedua2nya (makanana dan minuman itu) boleh dimakan dan diminum? Beliau menjawab : Ya, selama mana tidak berubah dan menjadi kotor secara tabie. (al-bahrul ar-raaeq:7/210)

Ibnu Qudamah berkata : "Sesuatu yang keluar daripada  manusia ada tiga jenis (pertamanya) peluh, air mata, hingus dan kahaknya maka kesemua itu adalah suci berdasarkan hadith ini : sesungguhnya nabi saw telah melihat kahak yang berada di kiblat masjid, lalu nabi mengadap kepada orang ramai dan bersabda : "Bagaimana pendapat kamu jika seseorang sedang solat menghadap Tuhannya lalu ia meludah kehadapan, adakah kamu suka jika kamu sedang mengadap seseorang tiba2 orang itu meludah muka kamu? Kerana itu jika kamu meludah ketika solat hendaklah meludah di kirinya ataupun di bawah kakinya jika itu tidak mungkin ludahlah ke sapu tanganmu". (HR Abu Hurairah)

*kalau ianya najis pasti nabi saw menegah meludah ke sapu tangan dan di bawah kakinya ketika bersolat dan tidak ada beza samada kahak yang keluar dari kepala ataupun dari dada.

Tangisan Nabi saw.

Ibnu Qayyim berkata : "Adapun tangisan Nabi termasuk dalam sifat ketawanya, baginda tidaklah menangis teresak2 dan tidak pula dengan mengangkat suara sebagaimana sifat baginda yg tidak pernah ketawa terbahak2, akan tetapi baginda menangis dalam keadaan bergenang air mata sehingga mengalir dan dapat pula didengar bunyi menggelegak dalam dada baginda... (zadul ma'ad:1/175)

Menangis ketika membaca Al-Quran.

Ibnu Hajar telah menukilkan perkataan Imam An-Nawawi degan berkata : "Menangis ketika membaca Al-Quran adalah sifat orang2 a'rifin (org2 yg mengenal Allah) dan syiar orang2 soleh berdasarkan firman Allah : "Apabila dibacakan kepada mereka ayat2 (Allah) Ar Rahman, mereka segera sujud serta menangis" (maryam:58)

Dalam ayat yang lain : "Dan mereka menyungkurkan wajah sambil menangis dan mereka bertambah khusyu" (isra:109).


*semoga kita senantiasa diberi petunjuk dalam menelusuri hidup ini...moga bermanfaat.

rujukan:Sawail jismi insan oleh dr. Muhammad Syafie Miftah, Mu'jam alfaz quran, tafsir pimpinan Ar rahman, kamus miftah.. (kyo kusanagi)
http://www.facebook.com/note.php?note_id=115042705278460

Ahad, 11 Disember 2011

Perbezaan antara Qiamulail dan Tahajjud.


Allah berfirman : "Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu, semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu (pada hari akhirat) ditempat yang terpuji". (isra':79)

Qiamulail dan tahajjud ialah solat yang dikerjakan pada waktu malam. Maka setiap solat sunat yang didirikan pada waktu malam dinamakan qiamulail, dan setiap solat sunat yang didirikan selepas bangun daripada tidur dinamakan tahajjud. Secara ringkasnya setiap solat tahajjud adalah qiamulail dan tidak semestinya qiamulail itu adalah tahajjud.

Al-Hajjaj bin Amru berkata : "Adakah kamu menyangka apabila salah seorang daripada kamu mendirikan solat pada waktu malam sehingga subuh ia telah bertahajjud? Sesungguhnya hanya dikatakan tahajjud apabila seseorang itu solat malam selepas dari tidur. Inilah (solat selepas daripada tidur) yang dilakukan oleh Rasulullah saw".(mu'jam kabir3/325)

Sebahagian fuqaha' Syafie dan Maliki mentakrifkan tahajjud seperti berikut : Solat sunat yang didirikan pada waktu malam selepas tidur.

*perbahasan mengenai qiamulail sngat panjang merangkumi perbezaan pendapat ulama' tentang permulaan waktu, waktu yg afdal dan sebagainya perbezaan ini berlaku krn berbezanya pemahaman mereka tentang hadith nabi saw..sy cuma datangkan perbezaan diantara qiamulail dan tahajjud sahaja moga ianya bermanfaat...wallahu a'lam (kyo kusanagi)

rujukan:mawaqit al ibadat az zamaniah wal makaniah oleh dr. nazzar mahmud qasim as syeikh, mu'jam miftah dan tafsir quran al karim.
http://www.facebook.com/note.php?note_id=116491791800218